Selepas Pakai Braces Nak Buat Apa? 

Gigi anda bergerak lepas buka braces? Ini adalah tips dari dentist untuk kekalkan gigi cantik selepas buka braces!

 

Pernah tak nampak kawan-kawan anda yang lepas buka braces, gigi bergerak semula? Haa, entah entah anda pun berdepan dengan masalah ni kan..

Jom doktor terangkan sedikit tentang keadaan gigi selepas braces ditanggalkan.

Haa.. tengok gambar gigi ini, cantik je kan gigi selepas buka braces? Bila dah cantik macam ini, anda haruslah mengambil berat lebih sikit tentang gigi anda. 

 

Gigi anda yang telah digerakkan oleh braces tidaklah stabil sepenuhnya dalam kedudukan yang baharunya. Pada stage ini, gigi anda sangat mudah untuk bergerak semula. Dari lurus boleh jadi tidak sekata semula. Dari result yang cantik, boleh kembali ke posisi yang asal… Ia hanya berlaku selepas gusi, tulang dan otot menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. 

Tabiat harian seperti mengunyah makanan memberi tekanan pada gigi anda dan boleh menyebabkan ia bergerak.

Sia-sia je lah pakai braces bertahun, lepas sebulan buka braces, gigi gerak semula..

Semasa memakai braces, gigi anda dikawal oleh bracket & wire supaya bergerak ke alignment & posisi yang ideal yang telah ditetapkan dentist.

 

Tapi…. Selepas ia ditanggalkan, tiada apa yang boleh menghalang gigi anda daripada kembali ke kedudukan asalnya. 

 

That’s why dentist akan provide retainer. Retainer sesuai dengan namanya berfungsi untuk retain atau kekalkan kedudukan gigi yang sudah cantik.

Memakai retainer dapat mengekalkan gigi anda pada tempatnya dan menghalang daripada gigi bergerak. 

 

Jadi kalau tidak konsisten memakai retainer, mudahlah gigi anda bergerak semula ke tempat asalnya. 

Ini merupakan perkara wajib yang anda perlu lakukan untuk mengelakkan gigi kembali kepada posisi asal.

Untuk retainer, kita ada 3 jenis. Fungsi ketiga-tiga semua retainer ini adalah sama iaitu untuk mengekalkan gigi dalam kedudukan yang diinginkan, cuma mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

1. Hawley Retainer.

Dinamakan sempena Dr. Charles A. Hawley, an American dentist yang reka Hawley retainer pada awal abad ke-20. Diperbuat daripada bahan akrilik keras dengan wayar logam. Bukan tu je, Hawley retainer ini dibentuk khas untuk dipakai di belakang gigi hadapan tau! So, orang tak nampak lah retainer tu. Untuk Hawley retainer, doktor sarankan untuk anda ikut cara penggunaan yang betul dan tetap sebab ia penting untuk kekalkan hasil rawatan braces 👍🏻

2. Essix Retainer.

Kalau ada yang tertanya, ada tak retainer yang transparent? Jawapannya, ada! Essix Retainer adalah jenis retainer yang diperbuat dari bahan plastik nipis yang direka dan dibentuk khas mengikut bentuk gigi anda. Tujuannya? Mestilah untuk mengekalkan kedudukan gigi selepas rawatan braces. Biar gigi maintain cantik gituu 🦷

3. Fixed Retainer.

Retainer yang ketiga ialah fixed retainer ataupun nama lainnya, bonded retainer. Nama pun fix kan, maknanya retainer gigi tetap lah. Diperbuat dari wayar nipis pepejal dan ditampal kekal di belakang gigi. Apa yang bestnya fixed retainer ini ialah ia takkan hilang dan tak mudah rosak. Tetapi, anda perlu bagi extra care sikit sebab fixed retainer perlukan penjagaan mulut dan gigi yang teliti. Kena bersih tiap-tiap hari tau! 💪🏻

Jadi, ini lah benda wajib yang anda perlu lakukan untuk mengelakkan gigi kembali kepada posisi asal. Menggunakan retainer adalah langkah yang penting dalam proses pemeliharaan hasil kerja braces anda. Jika anda mahu gigi anda kekal cantik dan tersusun rapi, berada dalam kedudukan yang betul, pastikan anda ikut untuk mengikuti arahan dentist mengenai penggunaan retainer. Tak boleh malas-malas untuk menggunakannya kerana ia akan membantu mencegah gigi anda daripada bergerak balik dan menjaga senyuman anda yang agar kekal cantik.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Redha Dental

    • customerrelations.kpredha@gmail.com
    • 011 3318 2042
    • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

    Follow Our Socials

    General Inquiry

    © 2024 Redha Dental. All rights reserved.