99% Bakal Pengantin Akan Lebih Yakin Jika Mereka Melakukan Ini

Melangsungkan perkahwinan bukanlah perkara ringan dan mudah. Terutama sekali bagi para wanita. Semua wanita inginkan kesempurnaan dari atas hingga ke bawah di hari istimewa mereka nanti.

 

Baju. Done!

Makeup. Done! 

Rambut. Done!

Gigi? Ermm…

 

Bila kurang keyakinan diri, mula lah episode over thinking.

“Nanti time wedding, semua mata akan focus pada saya. Nanti kalau mereka judge gigi saya, macam mana?”

 

“Masa photoshoot nanti setiap masa kena senyum, makin obvious lah nampak kuning gigi”

 

“Once dapat gambar, kalau orang zoom pada gigi saya macam mana?” 

 

“Kalau future husband tak selesa dengan bau mulut saya, macam mana?”

Stress dah menggunung walaupun majlis belum berlangsung lagi.

 

Bayar jurugambar mahal ya, bukan murah..

 

Tetapi masih risau dengan hasil gambar perkahwinan.

 

Tenang dahulu. Jom Dr. Aiza kongsi bagaimana anda mampu memperoleh keyakinan yang memuncak pada hari bahagia anda yang bakal menjelma nanti.

Untuk para pengantin, anda patut invest pada rawatan gigi sebelum kahwin!

Dr Aiza faham akan kerisauan bakal-bakal pengantin ni. Dr Aiza pun baru sahaja berkahwin. Belum hilang lagi memori manis sewaktu menjadi pasangan raja sehari. 

 

Selain dari makeup, baju, kasut, dewan, anda juga patut invest pada gigi.

 

Gigi adalah pelengkap puzzle konfiden anda. Bayangkan di mana, hari anda perlu senyum selebar-lebarnya tapi anda tak confident untuk senyum.

 

Sia-sia sahaja baju & kasut yang cantik. Makeup dari MUA yang mahal.

Rawatan pergigian yang disyorkan Doktor SEBELUM majlis.

Dr Aiza akan syorkan rawatan di bawah bagi semua customer Dr Aiza yang bakal berkahwin.

1. Scaling & Polishing

Secara asasnya scaling & polishing bertujuan untuk membersihan permukaan gigi. 

 

Tapi saya tengok bersih je gigi saya ni, Dr? Maklum lah saya berus gigi 3 kali sehari.

 

Scaling ni tujuannya nak buang karang gigi. Gosok gigi hari hari tak semestinya gigi bebas karang ya. Dr akan buang karang yang melekat di gusi. Selain dari karang, rawatan scaling ini mampu membuang staining hasil dari kopi yang anda minum hari-hari atau kesan merokok.

 

Apa anda akan peroleh selepas rawatan ini ialah kebersihan gigi yang ultimate (bebas karang), macam berkilat-kilat gitu. Nafas pun makin segar. Gusi yang dulu kurang sihat akan kembali sembuh. Baru lah nanti boleh flex gigi depan bakal husband

2. Whitening

Ini adalah rawatan yang highly recommended by Dr Aiza untuk bakal pengantin ni.

 

Selepas rawatan ini, akan dapat melihat perbezaan tona warna gigi anda yang agak ketara berbanding dengan gigi sebelum ini. 

 

Gigi akan kelihatan lebih putih dan berseri. Barulah boleh senyum dengan yakin sepanjang hari!

3. Veneer

Rawatan ini Dr Aiza akan suggest buat mereka yang ada bajet lebih & masa yang cukup. Untuk yang last minute baru datang Dr akan recommend dia buat selepas kahwin. Sebab proses veneer makan hari. Gigi tu akan dihantar ke lab untuk dibuat.

 

Tapi…

 

Kalau anda datang sebulan sebelum, memang Dr akan suggest rawatan ini.

 

Ini memang senyuman ultimate. Gigi macam Fazura? Haaa! Ini lah rawatannya.

 

Memang tak lekang senyuman. Ni bukan suami sahaja puji, dengan tetamu-tetamu puji sekali. Confirm! 

4. Rawatan

Selain dari itu, Dr Aiza akan dahulukan rawatan wajib seperti tampalan. Mana best nak kahwin tapi sakit gigi. Nauzubillah…

 

Lepasni, makin murah lah nak belanja senyuman manis anda kepada tetamu yang datang nanti. 

“Saya nak buat braces sebelum kahwin. Boleh, Dr?”

Untuk braces, Dr Aiza sarankan buat selepas majlis. Ini kerana braces memerlukan komitmen masa dari pemakainya. Dan Dr lebih prefer naked teeth (gigi tanpa braces) sewaktu majlis. Nampak lebih natural. 

 

Lagipun result braces tak dapat nampak dalam masa yang singkat. Tak seperti scaling & whitening.

 

Tetapi jika customer insist, Dr okay sahaja untuk proceed.

Sempat ke buat rawatan? Last minute dah ni..

Relax. Tak lama pun prosedur rawatan pergigian ni.

 

Scaling = Kurang dari 30minit

 

Tampalan = Bergantung pada besar tampalan, maximum 1 jam

 

Whitening = Yang ini pun bergantung pada jenis whitening gigi. Paling cepat 30 minit siap.

 

Haa! Okay je kan. Ni sehari pun settle.

 

Bukan itu sahaja,

Untuk yang menjaga kesegaran mulut, anda boleh mencuba rawatan scaling & polishing.

Ini akan meningkatkan kesegaran nafas dan juga kesihatan gigi. Confirm, bakal suami akan mengulas dengan penuh pujian. 

Adakah pemutihan gigi “Teeth Whitening Treatment” akan menjadikan gigi kita seperti gigi Fazura?

Untuk menjawab soalan sebegini, jawapannya adalah TIDAK. 

Untuk mendapatkan senyuman seperti selebriti Hollywood atau seperti senyuman Fazura ini, Dr Aiza sarankan anda menjalani rawatan VENEER. 

 

Haa, anda mesti tertanya-tanya kenapa veneer kan? 

 

Veneer gigi ialah cengkerang ultra nipis atau lapisan nipis yang diperbuat daripada bahan berasaskan resin berwarna gigi yang dilekat pada permukaan hadapan gigi asal anda. Veneer bukan sahaja dapat memutihkan gigi tetapi ia juga boleh menjadikan bentuk gigi lebih sempurna.

Sebenarnya banyak kelebihan memakai veneer ni. Ia sangatlah sesuai untuk bakal pengantin yang berdepan dengan masalah seperti:

 

•  Mempunyai kekotoran kekal pada gigi seperti “fluorosis” yang tidak dapat ditanggalkan melalui rawatan pemutihan gigi “teeth whitening treatment”.

 

• Masalah gigi tidak sekata atau jongang.

 

• Masalah gigi patah, bengkok atau sumbing.

 

• Masalah gigi jarang.

 

 

Jadi, buat semua bakal pengantin, ingatlah bahawa keyakinan diri adalah penting pada hari istimewa anda. Dengan nasihat dan rawatan daripada Dr. Aiza, anda boleh memiliki senyuman yang memukau dan mempesonakan tanpa sebarang kebimbangan. Teruskan menyambut hari istimewa anda dengan penuh keceriaan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Redha Dental

    • customerrelations.kpredha@gmail.com
    • 011 3318 2042
    • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

    Follow Our Socials

    General Inquiry

    © 2024 Redha Dental. All rights reserved.