How You Can Brainwash Yourself to Floss Everyday 

Siapa di sini yang belum pernah menggunakan flos gigi? 

 

Katanya berus gigi dua kali sehari dan memberus lidah sudah memadai.

 

Salah jika anda beranggapan seperti itu. 

 

Membersihkan celah gigi dengan menggunakan flos adalah penting juga ya.

 

Ada juga ke di antara anda masih tidak tahu apa itu flos gigi? 

 

Kepada anda yang masih belum tahu, flos adalah alat yang digunakan untuk membersihkan sisa makanan di antara celah gigi.

 

Memberus gigi sahaja belum cukup, buat anda yang belum pernah menggunakan flos gigi, anda perlu mencuba untuk melakukannya selepas memberus gigi. 

Tak percaya? Cubalah dulu.. Anda pasti akan terkejut melihat sisa makanan yang keluar dari celah-celah gigi anda dan akan merasai gigi anda bersih berbanding dengan hanya memberus gigi seperti sebelum ini. 

 

Semasa sisa makanan tersekat di celah gigi, jangan sesekali dibiarkan lama ya.. Hal ini boleh mengakibatkan plak gigi mengeras dan menjadi karang gigi.

 

Haa disini anda boleh lihat, satu persatu masalah lain akan timbul jika anda tidak mengambil langkah yang berjaga-jaga untuk membersihkan gigi. 

 

Karang gigi bukan sahaja boleh menyebabkan bau mulut, tetapi ia boleh menyebabkan gigi berlubang. Yang lebih buruk lagi, sisa makanan tersebut juga boleh menyebabkan masalah pada gusi.

 

Percaya atau tidak, dengan menggunakan floss gigi, anda akan dapat mencegah gigi dari gigi berlubang dan masalah gusi. 

Tips

Mari Dr Aina berikan beberapa tips tentang bagaimana anda boleh brainwash diri anda untuk membersihkan gigi dengan menggunakan flos setiap hari.

Yang Pertama: Ingatkan diri anda, bertapa pentingnya flos gigi

Setiap kali selepas makan, ingatkan diri anda mengapa flos gigi itu penting. Apabila anda menyedari bahawa betapa bahayanya karang gigi, anda boleh menjadikan ia sebagai salah satu motivasi diri tentang penggunaan flos gigi. 

 

Tentulah tiada siapa yang mahukan gigi berlubang kan? Jadi, ini lah satu motivasi diri yang baik!

Yang Kedua: Menjadikan flos gigi satu rutin harian

Pernah dengar peribahasa :

“Alah bisa, tegal biasa”?

Haa.. sama seperti flos gigi. Pada awalnya, mungkin anda merasakan agak sukar untuk menjadikannya satu rutin, tetapi lama kelamaan, anda akan terbiasa dengan rutin itu.

 

Untuk permulaan, anda boleh mulakan dengan flos gigi sekali sehari sebelum tidur. Bila sudah menjadi kebiasaan, anda boleh meningkatkan daripada sekali sehari kepada dua kali sehari.

Yang Ketiga: Explore alternatives yang bersesuaian dengan anda

Ini tips daripada doktor untuk anda yang merasakan flossing ini sakit lah, mudah berdarah la atau boleh melukakan gusi. Banyak lagi sebenarnya alternative lain yang anda boleh cuba dan yang paling penting, selamat digunakan.

 

Jadi, doktor sarankan anda supaya menggunakan flos yang anda rasa senang dan mudah digunakan mengikut keselesaan anda.

 

Contohnya seperti ;

Ini antara floss yang doktor sangat recommend kepada anda untuk digunakan : Supa Grip

Amaran keras dari doktor : Jangan guna pencungkil gigi tau. 

 

Nanti boleh lukakan gusi dan gigi anda. Haa dah benda lain pula jadi nanti.

 

Gigi kan nak pakai lama. Tak kan lah muda-muda lagi dah banyak masalah gigi. Betul tak? Tak vibes la macam tu.

 

Share video ni kepada kawan anda yang tak pernah floss tu.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Redha Dental

    • customerrelations.kpredha@gmail.com
    • 011 3318 2042
    • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

    Follow Our Socials

    General Inquiry

    © 2024 Redha Dental. All rights reserved.