Topik hari ini sangat menarik bagi doktor sebab mengikut pengalaman doktor, ramai yang tak tahu tentang perkara ini. Haa anda pernah dengar Periodontium?
Periodontium dalam bahasa yang lebih mudah ialah penyakit gusi. Mesti yang terlintas di fikiran anda adalah “ulser “ kan? Betul tak?
Sebenarnya banyak lagi masalah gusi yang doktor nak share dengan anda semua. Tapi sebelum itu, doktor nak anda semua tahu dahulu punca ianya berlaku. Penyakit gusi ini berlaku disebabkan ada jangkitan pada gusi dan tisu.
Tentang masalah penyakit gusi atau periodontium ini, doktor yakin ramai di kalangan masyarakat sekarang tidak mengambil serius tentang masalah ini. Masih ramai yang belum menyadari tahap keseriusan penyakit tersebut.
Penyakit gusi ini boleh terjadi pada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Tambah-tambah lagi buat mereka yang tidak menjaga kebersihan mulut dengan baik. Risiko juga tinggi buat mereka yang tidak mempraktikkan pemeriksaan gigi secara rutin seperti berjumpa dengan dentist. Bila tiba masa untuk dental check up, pasti ada je alasan yang diberikan. Busy lah, ada kenduri lah, macam-macam lagi. Ada tu langsung tak pernah berjumpa dengan dentist. Katanya fobia dengan dentist sejak kecil lagi. Penyakit gusi ini juga tidak terkecuali buat mereka yang kerap merokok.
Untuk anda yang mempunyai habit seperti yang doktor katakan tadi, doktor harap anda dah mula untuk slow-slow melakukan perubahan yang positif.
Selain itu, penyakit gusi ini adalah penyakit yang akan terjadi tanpa sedar, tau-tau dah semakin teruk. Salah satu cara terbaik untuk mencegah penyakit gusi adalah dengan melakukan pemeriksaan gigi secara teratur di klinik gigi. Dari situlah kita dapat kenal pasti masalah dan mencegah sebarang penyakit serius dengan lebih awal.
Penting untuk diingat bahawa kesihatan mulut bukan hanya penting untuk gigi dan gusi, tetapi ia mempengaruhi kesihatan tubuh secara keseluruhan. Oleh itu, doktor sangat menggalakkan anda untuk memberikan perhatian khusus pada kebersihan mulut dan untuk tidak mengabaikan tanda-tanda awal penyakit gusi seperti yang doktor sebutkan tadi.
Ingat pesanan doktor, jangan lupa untuk berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, kerap menggunakan flos dan membuat rawatan Scaling & Polishing setiap 6 bulan sekali.
Jika anda berminat untuk datang check up dengan doktor, boleh hubungi kami sekarang.