Di era moden ini, vape atau rokok elektronik merupakan perkara yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Vape ini telah menjadi sangat terkenal di kalangan masyarakat dan telah menular kepada generasi muda. Dalam aspek kesihatan pula, terdapat banyak info-info negatif yang telah tersebar luas di media massa. Ada juga yang dikatakan mengalami penderitaan sepanjang hidup akibat menggunakan
Nak tahu bagaimana vape sebenarnya mempengaruhi kesihatan gigi dan mulut kita?
Ok jom doktor sambung cerita.
Seringkali menjadi kekeliruan di mana ada yang mengatakan bahawa vape lebih baik berbanding rokok. Akan tetapi, yang membezakan mereka adalah kuantiti nikotin yang dimasukkan ke dalam vape dan rokok itu sendiri.
Antara kes-kes masalah gigi dan mulut yang biasa doktor terima dari orang yang vaping ni adalah mulut kering, gigi kuning, gusi hitam dan juga penyakit gusi.
Haa tak percaya? Mari doktor kongsikan info tentang kenapa ianya boleh berlaku.
Seperti yang doktor sebutkan diatas, di dalam cecair vape terdapat peratusan nikotin yang lebih rendah berbanding rokok biasa. Rendah? Tetap ada. Nikotin yang terdapat dalam cecair vape menjadikan aliran air liur dalam mulut menyerap lembapan, mengeringkan permukaan dan tisu gigi. Wap kimia dalam vape boleh menyebabkan mulut kering secara berterusan.
Nak tahu apa akan jadi selepas itu? Bila mulut anda kurang kelembapan, sekaligus meningkatkan risiko gigi berlubang, mulut berbau dan juga masalah lain pada gigi dan gusi. Ini pastinya akan mengganggu kehidupan seharian anda.
Hisap rokok sering dikatakan sebagai penyebab gigi kuning. Tapi, hisap vape gigi tidak kuning kah? Asap vape memang nampak putih sahaja tetapi kandungannya tiada siapa yang boleh nampak dengan mata kasar. Ianya mengandungi nikotin dan sekaligus melekat pada enamel gigi dan menyebabkan gigi menjadi kuning. Inilah risikonya bagi pengguna vape maka amatlah penting untuk memberi perhatian kepada kebersihan oral dan membuat pemeriksaan gigi yang konsisten.
Ok, kalau nak tahu, terdapat kajian yang mengatakan bawah sebanyak 43% orang yang sering menghisap vape mudah mengalami masalah gusi dan mudah mendapat jangkitan mulut. Hal ini terjadi kerana kandungan nikotin yang terdapat di dalam wap dari vape dapat menjadikan bakteria dalam mulut tidak terkawal maka risiko berlakunya radang gusi, gusi berdarah, dan penyakit gusi lainnya adalah lebih tinggi. Ish risau doktor tau.
Haa buat pengguna-pengguna vape yang sedang membaca tulisan doktor ni, ada rasa nak kurangkan tak vape tu? Doktor faham, untuk terus stop tu susah lah sikit. Apa-apa pun perlukan masa. Untuk permulaan, kurangkan dulu penggunaan vape tu. Lama-lama nanti okay la. “Slowly but surely” la katakan..
Ramai diluar sana yang beranggapan impak negatif vape ni hanyalah terhadap jangkitan paru-paru sahaja. Rupa-rupanya, gigi dan mulut pun turut terlibat sama.
Jika anda menghargai kesihatan anda, pertimbangkan untuk menghentikan kebiasaan ini. Selain dari kesan buruk yang akan timpa pada anda, vape juga dapat membantu anda menjimatkan wang yang sebelumnya digunakan untuk membeli alat tersebut, sebaliknya dapat digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti melakukan whitening pada gigi. Eh! Hehehe..
Ambillah tindakan sekarang untuk memastikan keadaan gigi dan mulut kita tidak terjejas dengan masalah yang doktor sebutkan tadi. Bertindak sekarang supaya tak menyesal kemudian hari OK?