Percaya atau tidak, pasti ada di luar sana yang mempunyai seorang sahabat baik yang terlalu rapat sehinggakan semua benda la nak sama. Kalau plan nak keluar tu, sehari sebelum mesti call tanya nak pakai baju warna apa, yelah nak matching lah katakan.
Macam pakai braces, bila tengok bestfriend kita pakai, mesti kita pun rasa nak pakai lah. Ada tu, sebelum pakai braces lagi dah ajak bestfriend untuk pakai braces sama-sama. Baru lah sweet kan? Tapi ada satu perkara yang doktor nak pesan supaya anda semua dapat elak daripada melakukannya.
Perkara yang doktor nak pesan ialah, anda tidak boleh share elastic band anda dengan sahabat anda.
Ada sebab kenapa doktor melarang anda untuk berkongsi sesama sendiri, macam yang doktor pernah beritahu sebelum ini, setiap pemakai braces kan mempunyai keadaan gigi yang berbeza. Jadi jangka masa dan cara penyelesaian masalah pun pasti lah berbeza juga. Bukan itu sahaja, ada sebab lain yang doktor akan share supaya anda tahu dan menghindari daripada melakukannya.
Elastik band mempunyai pelbagai saiz untuk menyesuaikan keperluan rawatan setiap individu. Saiz elastik band itu juga bergantung kepada keperluan rawatan setiap individu. Sebab tu lah doktor kata tadi, lain orang lain lah keperluannya. Hal ini kerana penggunaan elastik band bertujuan untuk membetulkan hubungan rahang atas dan bawah. Selain itu, ia bertujuan untuk menggerakkan gigi ke posisi yang ditetapkan oleh doktor anda. Apa apa pun, buat anda yang memakai elastik band hendaklah menukar secara berkala mengikut arahan yang telah detatapkan oleh doktor gigi anda.
Sama seperti saiz elastik band, kekuatan elastik band juga mempunyai kekuatan yang berbeza. Kekuatan elastik band ini digunakan berdasarkan keperluan rawatan setiap individu. Beberapa faktor yang menentukan kekuatan elastik termasuklah jenis pergerakan gigi yang ditetapkan dari doktor gigi anda.
Buat anda yang perlu memakai elastik band, jenis kekuatan elastik band anda tidak sama seperti rakan anda. Apa-apapun, penggunaan elastik band yang betul dan konsisten adalah penting untuk mencapai hasil yang diingini. Kalau tak dengar nasihat doktor ni, kemungkinan jangka masa memakai braces akan lebih lama laa. Haa taknak kan? Oleh itu, penting untuk mengikut arahan doktor gigi mengenai pemilihan dan penggunaan elastik band tersebut anda.
Setiap individu yang menghadapi masalah gigi mempunyai treatment plan yang berbeza dengan orang lain. Ada yang perlu pakai size elastic band yang besar dan juga yang perlu pakai yang bersaiz kecil.
Jadi ingatlah, meminjam elastic band braces dari sahabat anda bukanlah perkara yang boleh dianggap remeh. Kesihatan gigi tu penting, jadi pastikan anda melakukan keputusan yang terbaik untuk diri anda.
Macam mana nak lihat perubahan pada gigi anda sekiranya anda menggunakan elastic band yang tidak mengikut treatment plan anda. Betul tak?
Sekiranya anda sudah kehabisan elastic band, jangan takut dan segan untuk beritahu dengan doktor gigi anda. Kami tak akan marah pun. Anda boleh sahaja datang ke klinik dan ambil elastic band tersebut.
Mudah je kan?
Tapi perlu diingatkan. Jangan beli secara online tau. Doktor sangat tak sarankan sekiranya anda nak beli atas talian. Kita tak tahu dari mana product tersebut dikeluarkan dan sejauh mana keberkesanannya. Kan nak letak dalam mulut, bahaya tau. Jadi, jangan bahaya kan diri dan kesihatan anda.
Share info ini kepada keluarga dan rakan anda terutamanya buat mereka yang memakai braces ya supaya tidak tersalah langkah ya.