How You Can Brainwash Your Kids To Brush Their Teeth

Siapa yang setiap pagi berperang dengan anak hanya untuk berus gigi?! Padahal gigi ada 20 batang je. Ibu bapa pun hampir dapat warning letter sebab selalu datang lambat ke office.

 

Siapa yang sudah menjadi ibu bapa pasti tahu bagaimana cabarannya. 

 

Jangan risau, kami ada beberapa tip bagus yang boleh membantu anda mengatasi drama setiap pagi ini.

Tip 1: Latih Anak Anda Dari Kecil Untuk Memberus Gigi Setiap Hari

Iya, penting untuk latih anak anda tentang kepentingan memberus gigi sejak dari kecil lagi.

 

Seperti yang semua tahu, menjaga gigi dan kesihatan mulut itu sangat penting. Saya cadangkan anda slow talk dengan anak tentang kepentingan memberus gigi seperti menghindari sakit gigi dan menjaga senyuman yang cantik. Anda juga perlu sentiasa mengingatkam anak anda supaya memberus gigi dua kali sehari, pagi dan malam.

Tip 2: Beli Berus Gigi Comel

Hadiahkan anak anda berus gigi yang comel dan menarik. Misalnya berus gigi mengikut warna kesukaan mereka atau cartoon character” kegemaran mereka. Ini akan membuat mereka lebih bersemangat untuk berus gigi setiap pagi.

 

Tapi ingat, yang paling penting ialah pemilihan jenis berus gigi dan saiz yang bersesuaian mengikut peringkat umur. 

 

Jika anda nak lagi tepat, dapatkan nasihat daripada doktor untuk mengetahui jenis berus gigi yang bersesuaian dengan kondisi gigi anak anda.

Tip 3: Bawa Mereka Berjumpa Dengan Dentist

Ini mungkin kelihatan pelik, tetapi membawa anak anda berjumpa dengan dentist sejak kecil adalah antara aspek yang penting. Kenapa ianya penting?

 

Sebagai ibu bapa, kita hendaklah menanamkan pemikiran anak kita sejak dari kecil lagi bahawa melawat dentist bukanlah perkara yang menakutkan. Ceritakan tentang pengalaman positif yang mereka akan dapat di klinik gigi. Contohnya, Doktor gigi sangat baik dan di bilik rawatan boleh tengok Netflix. Haa, menarik bukan? Kami di sini sedia untuk membantu dan memastikan mereka selesa.

 

Nampak macam ada element brainwash sikit dalam situasi ni, kan? Tapi itulah, kita cuba mudahkan langkah ini.

Tips Tambahan:

Elakkan daripada memaksa kanak-kanak untuk memberus gigi. Ini kerana trauma boleh berlaku jika tekanan berlebihan diberikan. Selalu beri dorongan positif dan pastikan mereka tahu bahawa dentist adalah rakan yang membantu, bukan “orang yang menyeramkan” yang mencabut gigi.

 

Dengan mengajar anak anda merawat gigi mereka sejak kecil, anda dapat membantu mereka memperoleh kesihatan gigi dan kebersihan mulut di masa hadapan. 

 

Jangan lupa untuk berkongsi tips ini dengan kawan-kawan yang juga mempunyai anak-anak yang degil untuk memberus gigi!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Redha Dental

    • customerrelations.kpredha@gmail.com
    • 011 3318 2042
    • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

    Follow Our Socials

    General Inquiry

    © 2024 Redha Dental. All rights reserved.