Karang Gigi

Karang gigi merupakan lapisan bakteria yang terbentuk dan melekat pada permukaan gigi. Karang gigi juga dikenali sebagai plak gigi, ia terdiri daripada bakteria dan sisa-sisa makanan terdapat di dalam mulut. 

 

Terdapat beberapa punca yang boleh menjadi sebab terbentuknya karang gigi ini. Antaranya adalah kurang menjaga kesihatan dan kebersihan gigi. 

Secara umumnya, karang gigi tidak menimbulkan apa-apa gejala. Jadi tidak hairan lah, ramai orang yang tidak tahu dan tidak menyadari bahawa terdapat karang gigi di dalam mulut mereka. Walaupun karang gigi ini tidak bergejala, jangan sesekali menganggap perkara ini perkara remeh ya. Karang gigi yang dibiarkan tanpa rawatan ini berpotensi untuk menimbulkan masalah gigi yang lebih parah. Contohnya seperti masalah gusi berdarah dan mulut berbau. Haa tak nak kan?

Sebab itulah, doktor selalu ingatkan tentang kepentingan untuk menjaga kebersihan gigi dan mulut anda. Dengan melakukan rutin Dental Check Up bersama doktor, pasti anda akan bebas daripada sebarang masalah gigi. Kan ada doktor yang menjaga kesihatan mulut dan gigi anda, jadi anda dah tak perlu risau lagi.

Penyebab Karang Gigi

Seperti yang doktor katakan tadi, karang gigi terbentuk akibat pengumpulan bakteria dan sisa makanan yang lama tidak dibersihkan dan tertinggal di dalam mulut.

Doktor akan terangkan lebih detail, 3 penyebab karang gigi ini.

1.

Kebersihan gigi dan mulut yang tidak dijaga seperti jarang memberus gigi dan flos gigi secara kerap akan menyebabkan sisa makanan yang terkumpul boleh mengeras dan bertukar menjadi karang gigi.

 

2.

Pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula seperti air berkarbonat dan kuih-muih.

 

3.

Pengamalan pengambilan rokok dan minuman beralkohol. 

 

Bakteria yang ada pada karang gigi berisiko menjadi penyebab irritation pada gusi dan gigi. Irritation pada gusi dan gigi boleh mencetuskan keradangan gusi atau gingivitis. Sedangkan gingivitis sebenarnya boleh dicegah dengan menjaga kebersihan gigi dan mengamalkan rutin pembersihan gigi di klinik. 

 

Jika lambat ditangani, masalah gingivitis semakin teruk dan boleh menyebabkan periodontitis.

Apa itu Peridontitis?

Periodontitis adalah penyakit gusi yang boleh menyebabkan gigi mudah rapuh dan kerosakan pada tulang dan tisu di sekeliling gigi.



Cara Mencegah Karang Gigi

Memberus gigi setiap hari

Untuk memberikan perlindungan daripada berhadapan dengan masalah karang gigi, anda WAJIB untuk memberus gigi 2 kali sehari secara rutin. Ini lah merupakan salah satu langkah awal untuk mencegah karang gigi. Gunakan ubat gigi yang mengandungi florida serta berus gigi yang halus dan lembut untuk mendapat kebersihan dan mulut yang segar.

Flos gigi

Dengan membersihkan gigi dengan flos gigi sekali sehari selepas memberus gigi dapat mencegah daripada masalah karang gigi. Berus gigi sahaja tidak mencukupi sebenarnya, anda perlu melakukan flos gigi untuk membuang sisa makanan yang masih tertinggal di celah gigi kerana sulit untuk dicapai dengan hanya menggunakan berus gigi.

Mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman

Tidak dinafikan, badan kita memerlukan gula untuk mendapatkan tenaga. Akan tetapi, pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan macam-macam penyakit untuk badan kita. Antaranya masalah karang gigi, pengamalan makanan manis yang mengandungi gula yang tinggi boleh menyebabkan bakteria di dalam mulut berkembang dengan lebih cepat.

Pengambilan air putih yang mencukupi

Minum 2 liter atau 8 gelas air putih setiap hari adalah penting untuk memenuhi keperluan badan kita. Air putih dapat membantu membersihkan sisa-sisa di mulut yang boleh menyebabkan karang gigi dan juga mencegah mulut kering, yang merupakan salah satu punca terbentuknya karang gigi.

Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

Merokok dan mengambil minuman beralkohol boleh merosakkan kesihatan gigi dan mulut. Kedua-dua tabiat ini boleh menyebabkan gigi bertukar warna kuning, lebih sensitif, serta membuat mulut menjadi kering yang yang menjadi punca terbentuknya karang gigi.

Cara menghilangkan karang gigi

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyebab karang gigi, dapatkan consultation dengan doktor gigi. Disarankan juga untuk menjalani pemeriksaan gigi secara berkala, sekurang-kurangnya setiap 6 bulan, demi menjaga kesehatan gigi dan mulut anda.

Sudah pasti, anda memerlukan bantuan doktor gigi untuk menghilangkan karang gigi yang telah terbentuk. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini adalah scaling gigi atau pembersihan gigi secara menyeluruh. 

Walaupun karang gigi mungkin sedikit dan tidak menimbulkan masalah, anda tetap disarankan untuk segera membersihkannya. Hal ini penting untuk mencegah kemungkinan komplikasi dalam kesihatan gigi dan mulut anda.

 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Redha Dental

    • customerrelations.kpredha@gmail.com
    • 011 3318 2042
    • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

    Follow Our Socials

    General Inquiry

    © 2024 Redha Dental. All rights reserved.