Panduan untuk Cabutan Gigi Anak Anda di Rumah

Prosedur cabutan gigi, dalam terminologi perubatan dikenal sebagai exodontia. Exodontia merupakan langkah pengeluaran atau pembuangan gigi dari tulang rahang. Kajian menekankan bahawa mencabut gigi susu anak memiliki perbezaan dengan mencabut gigi kekal.

 

Gigi anak yang sudah mula bergoyang sebenarnya dapat dicabut sendiri. Namun, anda tak perlu terburu-buru untuk mencabutnya. Kecuali, sekiranya gigi kekal sudah mula muncul di permukaan, ataupun gigi susu sudah mula goyang, cabutan gigi boleh dilakukan di rumah.

 

Menurut American Dental Association, ada dua kategori anak yang mengalami gigi goyang. Yang pertama, anak yang mahukan giginya segera dicabut dan memerlukan bantuan ibu bapa. Manakala yang kedua pula, kategori anak yang tidak memerlukan ibu bapa untuk menyentuh giginya.

 

Cabutan gigi di rumah hanya boleh dilakukan pada kategori pertama sahaja. 

 

Namun, doktor menyarankan untuk menghindari melakukan pencabutan jika akar gigi susu masih kuat. Hal ini boleh menyebabkan akar gigi susu anak anda patah dan sekaligus menimbulkan rasa sakit.

 

Berikut adalah panduan sederhana bagi ibu bapa yang ingin membantu mencabut gigi anak di rumah:

Pastikan anak anda bersedia untuk mencabut gigi.

Bukan senang kan untuk yakinkan anak anda? Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda pasti lebih tahu macam mana cara untuk memujuk anak anda. Jadi, apabila emosi anak anda dapat dikawal dengan baik, barulah proses cabutan dapat dijalankan dengan lebih mudah.

Minta anak menggoyangkan gigi yang sudah bergoyang dengan jari atau lidah.

Dari sini baru kita dapat mengenal pasti akan keadaan gigi tersebut sama ada boleh dicabut atau perlu tunggu beberapa hari lagi. Kalau akar gigi susu tu masih kuat, kesian anak anda nanti, sakit pula nanti. 

Memberi dorongan.

Jika anak tidak merasa sakit dan gigi pun dah ready untuk dicabut, support anak anda untuk mencabutnya sendiri terlebih dahulu.

Menjaga kebersihan.

Menjaga kebersihan kan penting, anda perlu pastikan tangan anda dan anak anda sudah dibasuh dengan bersih dan dikeringkan. Kebersihan harus dijaga ya!

Menyediakan peralatan.

Menyediakan beberapa keperluan seperti benang dan juga kapas.

Lilit benang pada gusi.

Bantu anak anda melilitkan benang bersih pada gigi yang ingin dicabut dan mulakan proses cabutan secara menarik giginya dengan gerakan memutar.

Kemam kapas.

Setelah gigi tercabut, berikan kapas pada bekas pencabutan dan tekap untuk menghentikan pengeluaran darah selama 30 minit. Jika terdapat pendarahan yang banyak, doktor sarankan untuk menukan dengan kapas yang baru.

Ais Batu.

Berikan anak anda kemam ais batu untuk mengurangkan rasa sakit dan membantu menghentikan perdarahan. Kemam tau jangan kunyah pula..

Penjagaan selepas cabutan.

Elakkan sentuh kawasan cabutan dan dilarang berkumur selama 6 jam.

 

Jika masih ragu untuk melakukannya sendiri di rumah, ibu bapa disarankan untuk mendapatkan bantuan dari doktor gigi yang berpengalaman berdekatan anda. Semoga info ini dapat memberi manfaat untuk anda dalam menjaga kesihatan gigi anak dengan baik.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Redha Dental

    • customerrelations.kpredha@gmail.com
    • 011 3318 2042
    • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

    Follow Our Socials

    General Inquiry

    © 2024 Redha Dental. All rights reserved.