7 Punca Gigi Menjadi Kuning Pada Orang Dewasa dan Kanak-Kanak​

Malu. Segan. Dan pastinya tak selesa bila orang mula tegur warna gigi kita kan. Padahal kita dah jaga gigi elok-elok tapi masih juga ada kesan-kesan kuning.

 

Runsinglah!

 

Anda tahu tak, gigi jadi kuning ni disebabkan oleh beberapa faktor. Boleh jadi faktor menyumbang gigi kuning lebih dari satu. Tapi, tertanya-tanya juga apa perkara yang mendorong gigi berubah dari warna putih kepada warna kuning dan coklat ya?

Gigi Putih atau Kuning, Bukan Standard Kesihatan!

Sama seperti kulit manusia, ada yang cerah dan ada yang gelap. Tapi adakah bermakna orang yang berkulit gelap itu tidak normal? Tentunya tidak. Begitu juga keadaannya pada warna gigi. Seorang pakar bidang Pemulihan dan Estetika Pergigian (Restorative and Aesthetic Dentistry),

 

Dr Ibrahim Shahruddin berkata;

“Gigi yang normal tidak dilihat hanya pada warnanya sahaja” Sebaliknya bergantung kepada kekuatan, tidak sakit dan tiada lubang pada gigi. Bagi gigi kuning pula ianya bergantung kepada faktor tabiat harian, pemakanan dan lapisan enamel.

Inilah Punca Gigi Anda Menjadi Kuning

1

Tabiat Merokok

Ketika merokok bahan tembakau yang terbakar akan menjadi asap. Asap yang melalui lapisan gigi sebenarnya meninggalkan kesan berwarna kuning di permukaan gigi. Gigi yang asalnya berwarna putih, lama-kelamaan bertukar menjadi kuning dek kerana tabiat merokok itu.

2

Minuman Berkafein

Pencinta kopi dan teh, poin nombor dua ini mungkin jawapan kepada persoalan; “Kenapa gigi aku kuning ya?” Rupa-rupanya kandungan kafein dalam minuman teh dan kopi menghakis lapisan perlindungan gigi yang dikenali sebagai enamel. Begitu juga kopi yang mengandungi asid dan kromogen yang tinggi hingga menampakkan kesan noda di permukaan gigi anda.

3

Peningkatan Usia

Seiring bertambahnya usia, beberapa perlindungan semula jadi tubuh badan mula menurun sedikit demi sedikit. Seperti enamel, ia juga semakin berkurangan disebabkan kesan penggunaan gigi setiap hari seperti mengunyah. Enamel yang berada di permukaan mula ‘haus’ dan terhakis walaupun ianya bahagian terkuat dalam tubuh manusia.

4

Pengabaian Penjagaan Oral

Kegagalan seseorang memberus gigi, flos dan berkumur setiap hari mempercepatkan perubahan warna gigi. Disebabkan itu, plak mula wujud di celah-celah gigi dan akhirnya menjadi tartar atau karang gigi yang tebal. Namun begitu jika semua langkah penjagaan gigi telah dilakukan dan gigi masih kuning, nampaknya anda perlu dapatkan rawatan di klinik pergigian. Di klinik kami, khidmat nasihat dan rawatan gigi kuning untuk orang dewasa dan kanak-kanak pun ada disediakan.

5

Kesan Sampingan Perubatan

Seseorang yang sedang menjalani rawatan penyakit kronik memberikan kesan warna pada giginya. Gigi kuning pada individu yang sedang melalui proses kemoterapi dan rawatan radiasi adalah hal yang biasa berlaku. Sebaik sahaja penyakit kanser sembuh, mereka boleh mula berjumpa doktor untuk memutihkan gigi.

Pengambilan Ubat Tertentu

Gigi kuning juga boleh berlaku kepada kanak-kanak berumur kurang dari lapan tahun yang mengambil ubat jenis antibiotik doksisiklin dan tetrasiklin. Bagi orang dewasa pula, sebahagian ubat antihistamin, darah tinggi dan dan antipsikotik pun turut menyumbang kepada kekuningan gigi.

Faktor Genetik

Jangan tak sangka yang gigi kuning boleh diturunkan dari generasi ke generasi. Jika anda mendapati gigi mulai kuning atau mendapati warna asalnya agak kekuningan, itu boleh jadi disebabkan faktor keturunan. Ibu atau bapa anda mungkin membawa genetik gigi kuning, maka disebabkan itulah gigi anda juga menerima kesan yang sama.

 

Jadi, kalau anda ada gigi kuning jangan terus salahkan diri sendiri. Anda bukan tak peduli tapi mungkin tak tahu kenapa gigi boleh bertukar menjadi kuning. Sekarang anda dah tahu kan. Kalau nak gigi putih, cepat-cepat datang ke klinik gigi. Nak dapatkan khidmat nasihat kami?

 

Pintu klinik kami sentiasa terbuka untuk anda! Tempah slot anda disini.

  1. Nice post. I learn something totally new and challenging on websites I stumbleupon every day. It will always be exciting to read content from other writers and practice something from other sites.
    דירות דיסקרטיות בדרום

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Redha Dental

  • customerrelations.kpredha@gmail.com
  • 011 3318 2042
  • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

Follow Our Socials

General Inquiry

© 2024 Redha Dental. All rights reserved.