Antara Selebriti Yang Menerima Rawatan Veneer Gigi

Ramai orang terpesona dengan senyuman seseorang yang cantik dan menawan. Antara faktor penting untuk senyuman yang cantik adalah gigi yang putih, bentuk gigi yang bersesuaian dengan bentuk muka dan susunan gigi yang teratur.

 

Tahukah anda? 

 

Salah satu elemen penting dalam penampilan seseorang ialah senyuman. Tidak dinafikan ramai artis yang berjaya menarik minat ramai peminat dengan senyuman mereka.

Tetapi hakikatnya, ternyata tidak semua artis itu semulajadi. Ramai artis kelas A telah menggunakan khidmat doktor gigi untuk menjadikan senyuman mereka lebih selesa untuk dipandang. Dalam masa yang sama, menaikkan market diri artis tersebut.

 

Senyuman Tom Cruise, Zac Efron dan Nicolas Cage adalah contoh hasil kreativiti doktor gigi. Bagaimana ia berubah? Jom tengok!

Tom Cruise

Bukan sahaja kemahiran lakonannya yang berkualiti, dia juga popular kerana wajahnya yang kacak.

 

Salah satu daya tarikan yang hebat dalam dirinya ialah senyuman yang menawan itu. Deretan gigi yang kemas dan bersih membuatkan ramai wanita jatuh cinta. 

 

Tetapi siapa sangka pada usia muda, gigi Tom tidak berapa bagus. Gigi hadapannya kelihatan berlapis dan kekuningan. Doktor gigi telah bekerja keras untuk menyempurnakan senyumannya.

Zac Efron

Mesti anda pernah tonton movie High School Musical dan 17 Again. Siapa yang tak kenal wajah kacak yang membuatkan anda melekat depan kaca TV sepanjang masa. 

 

Seperti Tom Cruise, beliau juga melalui fasa transformasi senyuman yang menawan sepanjang kerjaya beliau sebagai seorang pelakon.

 

Di sebalik senyumannya yang menawan, ternyata ada sentuhan doktor gigi. Antara rawatan yang pernah beliau terima adalah rawatan Veneer. 

 

Perhatikan gap antara dua gigi hadapan Zac Efron. Bagaimanapun, selepas dirawat oleh doktor gigi menggunakan Porcelain Veneer, gap itu dapat ditutup.

 

Nicolas Cage

Seperti kebanyakan artis lain, Nicolas Cage sangat menyedari bahawa senyuman yang menawan adalah penting untuk career beliau.

 

Itu yang membuatkan lelaki ini membuat keputusan untuk berjumpa doktor gigi. Hanya dengan sedikit sentuhan, perubahan ajaib serta-merta kelihatan pada wajahnya.

 

Ini semua adalah hasil dari rawatan Veneer Gigi.

Anda juga berhak untuk “glow up” seperti selebriti.

Anda mempunyai masalah seperti dibawah?

  • Gigi masih kuning walaupun pernah buat rawatan Whitening

  • Gigi ada penampakan tompok-tompok

  • Gigi tak sekata. Ada yang pendek ada yang panjang

  • Gigi nampak jarang. Angin pun boleh masuk

 

Hubungi kami segera!

    Comments are closed

    Redha Dental

    • customerrelations.kpredha@gmail.com
    • 011 3318 2042
    • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

    Follow Our Socials

    General Inquiry

    © 2024 Redha Dental. All rights reserved.