Gag reflex untuk ibu mengandung memang tak dapat dielakkan.
Eh, kenapa anda berminat untuk membaca topik ni? Ni mesti tengah alami kan? Takpun wife anda yang sedang mengalaminya?
Okay! Jom Doktor share dengan lebih detail lagi.
Gag reflex ini kerap berlaku semasa memasukkan berus gigi ke dalam mulut. Situasi ini menyebabkan seseorang berasa mual dan rasa nak muntah. Perasaan ini sangat tidak selesa.
Jika anda mengalami apa yang Doktor cakap tadi, Doktor akan share 3 quick tips.
Sometimes, ubat gigi yang datang dengan flavour boleh menjadi punca untuk ibu-ibu mengandung rasa mual dan nak muntah. Mungkin itu adalah salah satu alahan untuk ibu-ibu tanpa mereka sedari.
Jadi, solusi yang dapat bantu anda adalah memberus gigi dengan air biasa.
Haa, mesti anda curious kan? Macam mana keadaan mulut nanti? Bersih ke? Tak berbau ke?
Ramai yang salah sangka fungsi ubat gigi ni.
Sebenarnya ubat gigi ini berfungsi untuk melindungi gigi, dalam erti kata lain, protect gigi supaya kekal kuat. Bukan untuk membersihkan gigi. Jadinya, tiada masalah lah kalau skip memakai ubat gigi.
Berus gigi yang anda tengah guna sekarang mungkin terlalu memenuhi ruang di dalam mulut. Maklumlah, ibu mengandung ni mempunyai level sensitiviti yang sangat tinggi. Ini tak boleh, itu tak boleh. Tak apa, Doktor faham.
Advice Doktor adalah cari berus gigi yang lebih kecil daripada sekarang. Tetapi elakkan guna berus gigi electronic tau, kerana vibration semasa menggunakannya akan menganggu trigger gag reflex anda.
Ini untuk yang ada masalah gag reflex sahaja ya. Disclaimer : Berus lidah sangat penting! Kebanyakan bakteria di dalam mulut berada di lidah anda. Tetapi untuk anda yang ada gag reflex, anda boleh skip memberus lidah. Cara ini hanya dibenarkan untuk SEMENTARA waktu sahaja, okay? Bila rasa dah okay tu, boleh berus lidah tu semula selepas menggosok gigi.
Selain daripada tips yang telah doktor kongsi sebelum ini, ada beberapa langkah tambahan yang boleh membantu anda mengatasi gag reflex semasa mengandung.
Anda boleh cuba untuk ubah posisi semasa memberus gigi. Dengan mengubah sudut kepala atau posisi badan, ia mungkin dapat membantu mengurangkan rangsangan yang boleh menyebabkan gag reflex.
Anda juga boleh mencuba beberapa posisi mengikut keselesaan anda. Antaranya, cuba untuk duduk dan berada dalam keadaaan yang tenang semasa memberus gigi.
Buat anda yang berpendapat tidak bersih dan tidak selesa jika memberus gigi tanpa ubat gigi, Doktor cadangkan untuk menggunakan ubat gigi yang tidak mengandungi bau yang terlalu kuat.
Kini, terdapat pelbagai perisa ubat gigi yang lebih lembut dan tidak terlalu strong seperti mint atau perisa buah-buahan yang mungkin lebih baik untuk sensitiviti semasa mengandung.
Gag reflex yang lebih sensitif boleh berlaku akibat otot mulut yang kurang bergerak. Anda boleh cuba melakukan senaman ringan untuk menguatkan otot-otot mulut anda.
Sebagai contoh, anda boleh mengunyah gula-gula yang tidak mengandungi gula atau gula-gula keras yang boleh membantu memperkuat otot-otot tersebut.
Ingatlah, kebersihan mulut dan gigi adalah penting, terutama sekali buat mereka yang sedang mengandung. Dengan mencuba beberapa tips ini, anda mungkin dapat mengatasi masalah gag reflex dengan lebih baik dan dapat menjaga kesihatan mulut secara optimum. Jangan ragu-ragu untuk berkongsi maklumat ini dengan rakan-rakan yang mungkin menghadapi masalah yang sama.