Selepas Cabut Gigi, Masalah Belum Selesai?

Pernah alami tak bila anda sakit gigi dan selepas itu doctor cabut, terus rasa lega? 

 

TAPI once dah cabut gigi, rasa insecure pula. 

 

Lebih-lebih lagi bila ruang kosong lepas cabut gigi tu jelas orang nampak tiap kali kita senyum. Eeee! Rasa macam nak pakai mask 24 jam!

 

Sebenarnya, masalah belum lagi selesai walaupun gigi dah cabut.

Haaa! Sini doktor share.

 

Memang betul rasa sakit akan hilang TAPI sebenarnya bila ada satu gigi anda dicabut, ruang kosong gigi tadi akan beri effect pada gigi-gigi lain. Gigi atas, bawah, kiri dan kanan, semua akan terusik sebab dah takde support untuk gigi lain.

“Takde support? Maksud doctor?”

Maksud doctor, gigi sekeliling akan jadi senget untuk mengisi ruang kosong gigi tadi. Haaa, scary kan? Bila dah makan dan mengunyah pun, rasa tak selesa. Lepas tu, susunan gigi pun akan jadi tak teratur.

Sebagai contoh, cuba awak bayangkan buku-buku yang kemas je tersusun atas rak. Cantik kan? Sekarang cuba awak ambil satu buku, agak-agak apa yang akan jadi? Buku kiri kanan akan tumbang sebab dah hilang satu support yang penting.

“So, macam mana nak handle masalah ni, doctor?”

Sebaiknya selepas cabut gigi kekal, anda boleh terus prepare untuk buat gigi palsu. Bukan untuk cantik je tapi untuk kurangkan sakit di kemudian hari. Jadi, 3 fungsi gigi iaitu untuk potong makanan, koyakkan makanan dan lumatkan makanan, semua boleh berfungsi! Bila gigi dah cantik, baru lah tak malu dah nak senyum!

Jadi, siapa yang ada ruang kosong gigi lepas cabut, boleh segera book appointment dengan kami untuk check awal-awal!

 

Untuk pengetahuan anda, selepas cabut gigi, penjagaan lanjut untuk kesihatan mulut juga amat penting. Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan mulut dengan menyikat gigi dan menggunakan benang gigi secara berkala. Lebih-lebih lagi selepas cabut gigi, ada lebih banyak sisa makanan yang boleh tersangkut di celah-celah gigi anda.

 

Selain itu, jika anda mengalami kesakitan atau masalah selepas cabut gigi, jangan ragu-ragu untuk berjumpa semula dengan doktor gigi anda. Ia mungkin memerlukan penyesuaian atau rawatan tambahan.

 

Jadi, jangan ambil mudah masalah gigi yang tercabut. Rawatannya mungkin belum selesai selepas cabutan. Pastikan anda berunding dengan doktor gigi anda tentang langkah seterusnya untuk menjaga kesihatan mulut anda. Ingat, gigi yang sihat adalah aset paling berharga.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Redha Dental

    • customerrelations.kpredha@gmail.com
    • 011 3318 2042
    • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

    Follow Our Socials

    General Inquiry

    © 2024 Redha Dental. All rights reserved.