3 Sebab Kenapa Dentist Galakkan Anda Scaling Gigi

Jom doktor bongkarkan rahsia dentist yang ramai tak tahu.

 

Rawatan scaling gigi ini adalah rawatan yang perlu dilakukan untuk semua orang setiap 6 bulan sekali. Tujuan scaling ini ialah untuk membersihkan karang gigi atau plak. Secara tidak langsung, ia juga memastikan anda mendapatkan kebersihan mulut yang maksima.

 

Bukan itu sahaja, di sini doktor akan kongsikan 3 sebab kenapa dentist wajibkan anda melalukan scaling.

1. Menghindari Penyakit Gusi

Haaa, jangan berkerut kening tu. Mesti pelik kan apa kaitan gusi dan gigi? Tahu tak, gusi dan gigi sangat berkait. Gusi dan gigi berkait rapat dalam membentuk satu sistem sokongan untuk setiap gigi dalam rongga mulut. 

 

Apabila anda jarang buat scaling, karang gigi pun akan makin menebal dan ia bukan sahaja memberi kesan pada penampilan gigi, tetapi juga boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan gusi. Jadi, apabila karang gigi menebal ni, ia boleh menyebabkan gusi membengkak dan mungkin juga boleh menyebabkan masalah seperti gusi berdarah ketika memberus  gigi.

2. Mengelakkan Perubahan Warna Gigi

Tahu tak bila karang gigi menebal, ia akan menukarkan tona warna gigi yang asli menjadi pudar ataupun kelihatan kuning. Kalau orang lain tengok, mereka mesti nampak gigi tu kuning je padahal itu adalah tompokan karang gigi yang menebal. Nak ke macam tu? 

 

Karang gigi terbentuk apabila sisa-sisa makanan, bakteria, dan plak berkumpul dan mengeras di permukaan gigi. Apabila karang gigi menebal, warna asal gigi mungkin tidak lagi kelihatan dengan jelas. Gigi yang sepatutnya putih atau berkilat akan nampak pudar atau kuning. 

3. Dapat Membersihkan Sisa Makanan Dengan Lebih Efisien

Ini adalah antara info penting yang doktor nak share dengan anda semua tentang sisa makanan yang dibiar lama di celah gigi boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan mulut, termasuk masalah bau mulut. Apabila sisa makanan dibiar lama di celah gigi, ia menjadi makanan bagi bakteria dalam mulut dan menghasilkan bau yang tak best. Haaa, kan dah timbul masalah lain.

 

Sebab itulah doktor sarankan anda melakukan pemeriksaan gigi secara berkala di klinik gigi. Ini akan membantu anda untuk menjaga kesihatan mulut secara menyeluruh dan mencegah pelbagai masalah kesihatan gigi dan gusi.

Kesimpulan

Scaling gigi adalah sebahagian daripada penjagaan mulut yang penting untuk memastikan gigi dan gusi anda dalam keadaan yang sihat. Selepas scaling, anda akan rasa perbezaan yang ketara dalam kebersihan mulut anda. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjaga kesihatan mulut anda dengan melakukan scaling secara berkala.

 

Ini bukan hanya untuk gigi yang cantik tetapi juga kesihatan gusi dan mulut secara keseluruhannya. Jadi, janganlah takut atau terlalu sibuk untuk melakukan scaling. Ia adalah satu langkah penting untuk menjaga kesihatan mulut anda.

 

Jadi, untuk anda yang dah tahu kenapa doktor galakkan anda melakukan scaling ni, jangan lupa untuk terus set appointment dengan kami ya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Redha Dental

    • customerrelations.kpredha@gmail.com
    • 011 3318 2042
    • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

    Follow Our Socials

    General Inquiry

    © 2024 Redha Dental. All rights reserved.