Anak Takut Untuk Berjumpa Doktor Gigi?

Siapa di sini mengalami masalah apabila hendak membawa anak berjumpa dengan doktor gigi? Macam-macam alasan yang anak kita diberikan supaya dapat elak daripada berjumpa doktor. Ya lah, jika di imbau kembali kenangan semasa kita sekolah dulu, sama juga. Setiap kali nama dipanggil untuk berjumpa doktor gigi, masa tu lah bagi alasan skit perut lah apa lah. Hahaha..

 

Anak takut jumpa doktor gigi merupakan cabaran umum yang dihadapi oleh ramai ibu bapa diluar sana. Oleh itu, penting untuk ibu bapa memahami cara bagaimana untuk mengatasi ketidakselesaan anak-anak ketika menjalankan rawatan gigi. 

 

Jadi, Dr. Shazia nak kongsi cara dan panduan berharga untuk membantu ibu bapa menghadapi situasi ini dengan lebih mudah.

1. Pendedahan Awal Kepada Anak Tentang Kepentingan Berjumpa Dengan Dentist

Dr. Shazia sarankan kepada ibu bapa untuk menekankan kepentingan berjumpa doktor gigi dengan anak-anak seawal tahun pertama kehidupan mereka. 

 

Doktor tak nafikan, masih ada ibu bapa di luar sana yang menganggap bahawa gigi anak-anak yang masih kecil ini tidak memerlukan rawatan yang terlalu detail pun.

 

Tetapi kenyataan itu adalah kurang tepat. Yang tepat nya adalah anda sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab perlulah membawa anak-anak berjumpa dengan doktor gigi.

 

Pendedahan awal ini dapat membantu anak-anak  agar terbiasa dengan suasana klinik gigi dan mengurangkan rasa takut dengan doktor gigi. Dengan membiasakan berjumpa dengan doktor gigi, anak-anak akan menjadi lebih selesa dan ceria semasa menerima rawatan gigi.

2. Kesedaran dari Rumah

Doktor juga menyarankan agar kesedaran tentang kepentingan penjagaan gigi diperkenalkan dari rumah. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk pandangan anak-anak. Ibu bapa perlu memastikan bahawa penjagaan gigi anak-anak dipantau dengan teliti dan mereka juga perlu diberi pendedahan yang mencukupi tentang kesihatan mulut. 

 

Dengan menunjukkan sikap positif tentang penjagaan gigi dan menjadikan dental check-up sebagai satu rutin, ianya dapat membentuk mindset yang baik tentang kepentingan berjumpa dengan doktor gigi. Secara tidak langsung, mereka akan menganggap berjumpa dengan doktor gigi sebagai pengalaman yang menyeronokkan dan anak-anak lebih teruja untuk menerima rawatan gigi dengan baik.

 

Anak-anak akan meniru segala perbuatan dan sikap ibu bapanya, sebab itulah kita sebagai ibu bapa wajib memberikan contoh yang baik kepada anak-anak. Dengan memberi pendedahan ini sejak kecil, anak-anak dapat membawa amalan penjagaan gigi yang baik ke dalam kehidupan dewasa mereka.

3. Elakkan Paksaan

Dr. Shazia tekankan di sini supaya ibu bapa jangan sesekali memaksa anak-anak berjumpa dengan doktor gigi. Ibu bapa perlu banyak bersabar dan memberi ruang kepada anak-anak untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran klinik dan doktor gigi terlebih dahulu. Ini dapat memberi pengalaman positif yang akan merangsang keinginan anak-anak untuk terus menjaga kesihatan gigi mereka.

 

Dengan mengamalkan panduan ini, ibu bapa dapat membantu anak-anak mengatasi ketakutan mereka terhadap doktor gigi dan memastikan kesihatan gigi yang baik sepanjang hayat. Jangan lupa untuk selalu berkomunikasi dengan doktor gigi untuk mendapatkan nasihat yang lebih terperinci dan sesuai dengan keadaan anak-anak anda.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Redha Dental

    • customerrelations.kpredha@gmail.com
    • 011 3318 2042
    • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

    Follow Our Socials

    General Inquiry

    © 2024 Redha Dental. All rights reserved.