Kerana Mulut, Badan Binasa

Haa anda mesti pernah dengar pepatah ini kan? Peribahasa ini membawa maksud percakapan kasar atau terlepas kata akan mencelakakan diri sendiri. Tak lari jauh sangat lah dengan topik yang Anis akan kongsikan hari ini. 

 

Pepatah ini juga merupakan satu pernyataan yang sangat signifikan dan mencerminkan hubungan erat antara kesihatan mulut dan keseluruhan kesihatan tubuh. Jika kita tidak mementingkan kesihatan mulut, ia akan menjejaskan kesihatan tubuh badan. Bunyi macam menakutkan kan? Tetapi ini adalah fakta yang dikeluarkan sendiri oleh Kementerian Kesihatan tau. 

 

Salah satu masalah kesihatan yang berkaitan dengan keadaan mulut adalah kencing manis. Ini menunjukkan bahawa keseimbangan gula dalam badan dapat dipengaruhi oleh keadaan mulut yang tidak terjaga. Sebab itulah memberus gigi sahaja tidak mencukupi, kita perlu berjaga-jaga dalam pemilihan makanan dan minuman harian serta mengambil langkah yang lebih lanjut untuk memastikan kebersihan mulut secara menyeluruh.

Tahap penyakit ini sangat merisaukan kerana Malaysia merupakan negara dengan penduduk yang paling tinggi menderita diabetes di Asia Tenggara dan berada pada kedudukan ke-10 di dunia! Haa risaukan? Sebab itulah, pentingnya mengawal pemakanan, bukanlah semata-mata untuk tujuan penurunan berat badan, tetapi untuk menjaga kesihatan diri kita.

Ulser pada perut juga menjadi masalah kesihatan yang dapat dikaitkan dengan penjagaan mulut yang kurang baik. Air liur yang mengandungi bakteria boleh memasuki saluran pencernaan dan menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti ulser pada perut. Haa sampai berkerut kening baca ya? Oleh itu, penting untuk memahami bahawa kebersihan mulut bukan hanya tentang penampilan fizikal, tetapi juga berkaitan dengan keseluruhan kesejahteraan tubuh badan. 

 

Khususnya, gusi menjadi satu bahagian yang penting dalam penjagaan kesihatan mulut. Anis ingat lagi, doktor pernah bagitahu Anis bahawa patient dengan masalah gusi sering kali berkait dengan penyakit seperti kencing manis. Jadi, pemahaman yang lebih mendalam dan penjagaan gusi yang baik dapat menjadi langkah awal dalam menjaga kesihatan tubuh secara keseluruhan.

 

Penting untuk diingat bahawa bakteria dalam mulut boleh datang daripada karang gigi dan sisa makanan yang tidak dibersihkan. Mempraktikkan rutin penjagaan mulut yang baik, termasuk gosok gigi dua kali sehari, flossing, dan rawatan Scaling & Polishing setiap enam bulan, adalah amalan yang digalakkan oleh doktor untuk mencegah penyakit dan masalah kesihatan yang berkaitan.

 

Dalam usaha mencegah, adalah bijak untuk mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan mulut dan tubuh secara keseluruhan. Untuk itu, buatlah temujanji dengan doktor gigi untuk mendapatkan panduan dan nasihat yang lebih khusus tentang keadaan mulut anda. Kesedaran dan tindakan awal dapat membantu mencegah masalah kesihatan yang lebih serius di masa depan. Jadi, jangan ragu-ragu untuk memberi perhatian khusus kepada mulut anda, kerana kesihatan mulut yang baik adalah langkah pertama menuju kesihatan tubuh yang optimal.

  1. These are truly fantastic ideas in on the topic of blogging.
    You have touched some nice things here. Any way keep up wrinting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Redha Dental

  • customerrelations.kpredha@gmail.com
  • 011 3318 2042
  • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

Follow Our Socials

General Inquiry

© 2024 Redha Dental. All rights reserved.