Gigi Yang Hilang Tidak Akan Kembali

Gigi yang hilang akan hilang selama-lamanya dan tidak akan kembali. Haa dengar pun dah takut kan? Anda rasa itu adalah mitos atau fakta ya?

 

Kehilangan gigi boleh menimbulkan kerisauan dan ketakutan pada individu yang menghadapinya. Lagi merisaukan bila gigi yang hilang tu berada dibahagian depan, nak senyum pun kena berjaga-jaga. 

 

Tidak boleh disangkal lagi bahawa gigi yang hilang tidak akan kembali adalah fakta. Gigi kekal yang hilang tidak akan tumbuh kembali seperti sebelumnya. 

 

Tetapi, masih ada pilihan penggantian gigi yang tersedia untuk mengatasi masalah ini.

 

Kehilangan gigi ini adalah antara benda yang kita tidak dapat kawal. Betul tak?

 

Kalau dah hilang gigi tu jangan lah sedih. Pernah dengar kan pepatah, patah tumbuh, hilang diganti. Haa macam tu juga lah gigi, gigi yang hilang kan masih boleh diganti. 

 

Yang menjadi persoalan sekarang, macam mana nak ganti gigi yang hilang tu?

 

Jom doktor share beberapa pilihan untuk anda.

Rawatan Tanam Gigi

Untuk customer yang kehilangan gigi, salah satu rawatan terbaik untuk gigi yang hilang adalah dengan melakukan rawatan tanam gigi atau dental implant. Gusi yang kosong akibat kehilangan gigi akan digantikan dengan gigi tiruan yang mempunyai fungsi yang sama seperti gigi yang asli.

Menarik kan? Boleh senyum dengan lebar lah lepas ini. 

Gigi Palsu

Selain rawatan implant gigi tadi, gigi palsu juga bisa menjadi pilihan yang baik untuk menggantikan gigi yang hilang. Tetapi anda perlu tahu bahawa setiap rawatan ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.

 

Doktor sesekali tidak pernah melarang setiap customer yang memilih gigi palsu sebagai gigi gantian mereka kerana ianya juga merupakan pilihan yang bagus.

Jadi Yang Mana Bakal Menjadi Pilihan?

Berbalik kepada rawatan inplant tadi, rawatan ini mempunyai banyak kelebihannya. Antara kelebihan rawatan tanam gigi adalah, seperti cara penjagaan. Individu yang melakukan rawatan implant tidak memerlukan jagaan rapi seperti gigi palsu. Hal ini kerana rawatan implant fungsinya sama seperti gigi asal dan mempunyai kestabilan yang lebih baik. Gigi tersebut terus kekal pada gusi dan tidak perlu ditanggalkan ketika makan dan tidur. Satu lagi kelebihan rawatan impant yang menjadi kegilaan ialah gigi kelihatan cantik seperti gigi asal. 

 

Haaa, jangan buat pilihan lagi. Ada banyak lagi info penting yang anda kena tahu.

 

Untuk pengetahuan semua orang, rawatan impant ini tidak lah sesuai pada semua orang. Ada beberapa faktor yang tidak sesuai untuk membuat rawatan ini. Antaranya ialah faktor kesihatan dan keadaan gusi yang menyebabkan ketidaksesuaian untuk melakukan rawatan ini. 

 

Sebab itu lah, doktor sarankan bagi sesiapa yang ingin membuat rawatan tanam gigi ini perlu datang dan consult dahulu dengan doktor gigi. Barulah doktor dapat menilai sama ada rawatan tersebut sesuai untuk anda atau tidak. 

 

Jadi, ia bergantung kepada anda sendiri untuk membuat pilihan kerana keputusan perlu dipertimbangkan dengan berhati-hati. Ya lah, gigi kan merupakan organ yang penting. Apa-apapun baik untuk anda, baik juga untuk kami di Redha Dental.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Redha Dental

    • customerrelations.kpredha@gmail.com
    • 011 3318 2042
    • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

    Follow Our Socials

    General Inquiry

    © 2024 Redha Dental. All rights reserved.