Makanan Terbaik Untuk Gigi Anda

Bercerita tentang kesihatan gigi, pengambilan makanan merupakan peranan yang penting dalam menentukan tahap kesihatan anda. Percaya tak kalau doktor kata, makanan seperti gula-gula dan minuman berkarbonat boleh menyebabkan punca kerosakan gigi?

 

Haa, nak tak nak, anda kena percaya kerana ianya fakta, bukan rekaan. Salah satu bahagian pertama yang terjejas akibat diet yang tidak sihat ialah kesihatan mulut.

 

Langkah awal yang perlu dilakukan dalam penjagaan gigi ialah pengambilan makanan yang sihat sejak kecil. Gigi yang kuat sejak kecil boleh membantu mengelakkan masalah gigi rapuh. 

 

Yang pernah alami sakit gigi mesti faham perasaan sakit gigi ni macam mana. #YTJT . Nak-nak yang gigi rapuh. Makan keras sikit je dah boleh pecah struktur gigi tu. Nak undur masa dah terlambat. Alangkah bagus kalau dari kecil dah tahu benda ni.

 

Pernah tak dengar peribahasa ni, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi perlu bermula sejak dari kecil untuk memastikan gigi kekal sihat di kemudian hari.

 

Sebenarnya, ada cara nak elak benda ni dari berlaku. Boleh terus apply pada anak anda sebelum terlambat.

 

Terdapat beberapa makanan yang sangat baik untuk kesihatan gigi. Doktor akan kongsi tiga jenis makanan yang boleh membantu anda untuk memelihara dan menguatkan gigi anak-anak:

Dairy Product

Dairy product atau produk tenusu merupakan sejenis makanan yang baik untuk diamalkan buat kesihatan gigi dan mulut anda. Produk tenusu ini merangkumi susu, yogurt dan juga keju.

 

Menurut kajian dalam General Dentistry, produk-produk ini dapat meningkatkan pH dalam mulut. Ia juga berfungsi untuk membantu melambatkan proses pereputan gigi. Jadi masalah gigi reput yang sering terjadi di kalangan kita dapat dikurangkan.

 

Selain itu, kalsium dan protein dalam produk tenusu juga membantu menguatkan enamel gigi untuk jangka masa panjang. Anak-anak yang banyak mengambil produk ini dapat mengurangkan masalah gigi rapuh. Sebab itulah, doktor sangat recommend untuk anak-anak banyakkan makan cheese dan minum susu ni. Dengan syarat, berus gigi 2 kali sehari tau. Baru gigi tak mudah rapuh.

 

Probiotik atau bakteria yang terkandung dalam yogurt juga membantu gusi anda kerana bakteria baik ini membasmi bakteria yang menyebabkan kaviti. Tetapi, pastikan anda memilih yogurt berperisa biasa yang tiada kandungan gula.

Sayuran Berdaun Hijau

Cakap tentang sayur ni siapa yang tak tahu khasiat dia kan. Begitu juga pada gigi, sayur juga baik untuk gigi tau. Ia kaya dengan vitamin dan mineral tetapi rendah kalori. Sayuran berdaun hijau dapat meningkatkan kesihatan mulut. Dengan kandungan kalsium yang tinggi, ia membina enamel gigi anda.

 

Doktor bagi contoh sayur-sayuran hijau seperti sayur bayam. Ia mengandungi asid folik iaitu sejenis vitamin B yang dapat mengurangkan radang gusi. Walaupun kadang-kadang anak tidak suka makan sayur kerana rasa sayur tak manis dan kurang menarik seperti makanan lain, anda tetap kena pastikan anak anda consume sayur hijau ini kerana penting untuk kesihatan gigi mereka. Kaya dengan serat, sayuran hijau membantu meneutralkan asid dalam mulut. WAJIB makan tau.

Lobak Merah

Tahu tak segenggam lobak merah yang mentah tu dapat mengurangkan kaviti. Mesti tak percaya kan? Betul lah tu kerana lobak merah ni tinggi serat dan juga mempunyai sumber vitamin A yang sangat baik. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan gigi tetapi juga memberi kebaikan kesihatan secara keseluruhan.

 

Haa, mesti nak pergi dapur cari makanan yang doktor share tadi kan? Semua perkongsian doktor ni hanya sebagai tambahan untuk kekalkan gigi yang sihat tapi dengan makan 3 jenis makanan yang doktor sebutkan tadi, doktor jamin gigi anak anda tidak akan rapuh. Dengan syarat amalkan rutin penjagaan gigi seperti biasa dengan menggosok gigi 2 kali sehari dengan teknik yang betul. Nanti kalau tak, sia-sia je makan semua tu.

 

Yang paling penting jangan lupa dental check up bersama doktor gigi anda setiap 6 bulan sekali.

 

Share info ini kepada keluarga dan rakan-rakan di luar sana supaya anak mereka juga memiliki gigi yang sihat.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Redha Dental

    • customerrelations.kpredha@gmail.com
    • 011 3318 2042
    • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

    Follow Our Socials

    General Inquiry

    © 2024 Redha Dental. All rights reserved.