Gigi Tak Sakit Perlu Tampal Atau Tidak

Gigi berlubang tapi tidak sakit? Siapa di sini tengah mengalami masalah yang sama seperti diatas? Haa jika iya, mari sini doktor kongsikan sedikit info tentang perkara ini. Jangan sesekali menganggap masalah ini remeh ya, sebab masalah gigi berlubang ini berpotensi untuk mengalami sakit gigi yang amat.

 

Ada beberapa punca terjadinya gigi berlubang ni tau. Contohnya seperti tidakk menjaga kebersihan mulut dengan betul, banyak makan makanan manis dan juga tak pernah datang jumpa doktor gigi. Haa anda yang mana satu tu?

Gigi berlubang ni boleh terjadi bermula dengan rasa sakit. Ada juga yang bertuah, tak ada la rasa sakit pun tapi tau-tau ada lubang pada gigi. Yang menjadi persoalan untuk gigi yang berlubang tanpa rasa sakit ni perlu ditampal atau tidak? 

 

Jawapannya, PERLU

 

Masalah gigi berlubang ini perlulah dirawat dengan segera. Maksudnya anda perlu lah bertemu dengan doktor gigi dan membuat tampalan terhadap gigi yang berlubang itu. WAJIB TAMPAL!

 

Bukan itu sahaja, lubang yang kecil tu nanti siap boleh jadi lagi besar tau. Nak ke?

Bila dah ada jangkitan dan lubang pun makin besar nanti ia akan menggangu rutin harian anda.

 

Ini kerana lubang pada gigi ini sifatnya sangat fragile. Makanan mudah melekat pada celah-celah gigi dan susah untuk mengeluarkan sisa makanan tersebut. Satu jela kaedah yang kita boleh bersihkan dari lubang, iaitu dengan menggosok gigi. Takkan lah jika anda berada di luar kawasan rumah dan terdapat sisa makanan melekat pada gigi, kena tunggu sampai rumah dulu baru boleh keluarkannya. 

 

Ramai yang tidak tahu, sisa makanan yang dibiarkan dengan lebih lama dan tidak dibersihkan juga menjadi punca gigi berlubang semakin dalam. Lapisan gigi akan terhakis disebabkan sisa-sisa makanan ini.

 

Lubang akan mula rasa sakit bila dah dalam dan nak dekat dengan saraf.

Seperti situasi ini, pada mata kasar nampak kecil je lubang. Tapi bila x-ray sebenarnya dah dalam dah lubang tu. Ini namanya Internal Carries.

Paling bahaya bila lubang dah melepasi lapisan dentin gigi di mana hampir dengan saraf. Bila lubang dah dalam macam ini, tampalan biasa tidak dapat dilakukan.

 

Bila lubang dah dalam, bakteria pun mudah mendapat infection ke dalam saraf. Masa itu lah anda akan menyesal dan barulah ada keberanian untuk berjuma dengan doktor. Rasa sakit pada gigi seperti berdenyut-denyut dan mula menggangu aktiviti harian anda.

 

 Bukan sahaja sakit pada gigi tersebut, tetapi sakit sampai ke kepala, ada juga sampai tak boleh tidur sebab gigi sakit sangat. Perkara ini terjadi kerana saraf pada gigi kita ini connected dengan kepala tau. 

 

Dengar macam scary kan? Tapi jangan risau, doktor akan bantu anda sampai gigi anda pulih semula. Jika masalah gigi sudah melibatkan saraf pada gigi. Doktor akan sarankan untuk anda menjalani rawatan akar. 

Rawatan saluran akar atau Root Canal Treatment (RCT) adalah rawatan alternatif bagi gigi yang telah rosak. Ia merupakan prosedur pergigian membabitkan pembersihan saluran akar daripada bakteria dan kerosakan pada pulpa serta akar gigi. Kos rawatan akar juga boleh mencecah 5 kali ganda jika dibandingkan dengan harga tampalan. Jadi, jika anda taknak spend duit sebanyak itu, cepat-cepatlah buat rawatan sebelum keadaan menjadi lebih keruh. 

 

Kesimpulannya, jika terdapat lubang pada gigi, sakit atau tidak, besar atau kecil, anda tetap perlu menjalani rawatan tampalan sebelum ianya menjadi lebih teruk. Memang la tak sakit pada masa tu, tapi nanti? Siapa tahu kan?

 

Jangan biarkan tau kalau anda ada masalah gigi berlubang, takut nanti lubang tu sampai boleh terkena saraf. Haa time tu dah jadi lain dah.

 

Bertindak segera, pergi ke klinik terdekat dan minta doktor gigi anda tampal pada kawasan yang berlubang.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Redha Dental

    • customerrelations.kpredha@gmail.com
    • 011 3318 2042
    • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

    Follow Our Socials

    General Inquiry

    © 2024 Redha Dental. All rights reserved.