Gigi Berdarah Semasa Memberus

Siapa disini pernah mengalami masalah gusi berdarah semasa memberus gigi? Ada juga yang hari-hari gerus gigi mesti berdarah, dah jadi seperti perkara biasa dah.

 

Tahukah anda, sekiranya gusi berdarah semasa memberus gigi merupakan perkara yang tidak normal. Jika terdapat darah semasa anda menggosok gigi, ini bermakna anda sedang mengalami masalah gusi.

 

Selalunya gusi yang berdarah ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti daripada masalah gingivitis hingga kepada kesan sampingan kehamilan. Selain itu, mengubah rutin penjagaan mulut juga boleh menyebabkan gusi anda berdarah pada peringkat awal. Jangan biasakan benda yang tak normal. 

Simple je.. Untuk pengetahuan awak, simptom terjadinya masalah ini ialah seperti gusi bengkak dan gusi bernanah. Terdapat 2 faktor yang boleh menyebabkan jadinya gusi yang tidak sihat ini. 

Yang Pertama: Banyak Karang Gigi

Karang gigi adalah plak gigi yang telah keras. Plak gigi terhasil dari sisa makanan bercampur dengan air liur. Karang gigi juga dikenali dengan nama tahi gigi.

 

Selain itu, karang gigi terbentuk disebabkan salah cara memberus gigi dan tidak pernah floss gigi! Dalam tidak sedar, ia menyebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi tidak dapat dibersihkan dengan betul.

 

Cara memberus gigi dengan betul merupakan perkara yang sangat penting untuk mengekalkan kebersihan mulut dan mencegah masalah gigi serta gusi.

 

Mari doktor share beberapa langkah penting dalam memberus gigi dengan betul:

Pilih Berus Gigi yang Sesuai:

Gunakan berus gigi yang mempunyai bulu yang lembut dan sesuai dengan keperluan mulut anda. Berus gigi yang terlalu keras boleh menyebabkan iritasi pada gusi dan merosakkan enamel gigi.

 

Gunakan Ubat Gigi yang Mengandungi Fluoride:

Ubat gigi dengan kandungan fluoride membantu melindungi gigi daripada kerosakan dan pembentukan plak.

 

Memberus Gigi Dengan Gerakan yang Lembut:

Berus gigi dengan gerakan lembut dan pastikan untuk membersihkan semua bahagian gigi, termasuklah di bahagian dalam, luar dan bahagian atas gigi dengan gerakan pusingan. Ia bertujuan untuk mengelakkan tekanan yang terlalu kuat pada gigi kerana ia boleh merosakkan gusi dan enamel gigi.

 

Memberus Gigi Secara Berkala:

Pastikan anda menyikat gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Luangkan masa sekurang-kurangnya dua minit setiap kali memberus gigi.

 

Jangan Lupakan Memberus Lidah dan Gusi:

Selain memberus gigi, bersihkan juga lidah dan gusi anda dengan lembut untuk menghilangkan bakteria dan mengurangkan risiko bau mulut.

 

Tukar Berus Gigi Dengan Kerap:

Tukar berus gigi setiap 3 hingga 4 bulan atau apabila bulu berus gigi sudah mulai haus untuk membersihkan gigi dengan lebih efektif.

Yang Kedua: Lifestyle

Merokok atau vaping boleh memberikan kesan yang sangat buruk kepada kesihatan gusi dan keseluruhan mulut. Nikotin, bahan kimia yang terdapat dalam produk tembakau, memiliki kesan negatif yang besar terhadap kesihatan gusi.

 

Kebiasaan merokok meningkatkan penumpukan plak dan karang gigi. Plak yang tidak dibersihkan dengan baik boleh mengeras menjadi karang gigi yang sukar untuk dibersihkan dan boleh menyebabkan iritasi serta keradangan pada gusi. Sebab itulah mudah berdarah ketika memberus gigi. 

 

Penting untuk diingat bahawa menghindari atau berhenti merokok dan vaping adalah langkah terbaik untuk menjaga kesihatan gusi dan mulut secara keseluruhan. 

 

Haa, sekarang anda semua dah faham kan info yang doktor sampaikan? Jadi, buat anda yang mengalami masalah ini, boleh mula book appointment untuk berjumpa dengan doktor gigi anda untuk mengenalpasti masalah gusi anda. Ingat, gigi nak guna lama tau. Jadi pelihara lah kesihatan mulut anda. 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Redha Dental

    • customerrelations.kpredha@gmail.com
    • 011 3318 2042
    • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

    Follow Our Socials

    General Inquiry

    © 2024 Redha Dental. All rights reserved.