Teeth Whitening di Rumah atau di Klinik?

Siapa yang tak inginkan gigi cantik kan? Semua orang mengidamkan untuk memperoleh senyum yang menawan. Ya lah, setiap kali menonton Netflix, pasti anda mengimpikan gigi yang cantik seperti selebriti Hollywood. Kelihatan cantik sahaja di setiap sisi. Gigi tersusun rapi dan putih bersinar.

 

Untuk memperoleh senyuman seperti mereka, anda haruslah melakukan teeth whitening, tiada jalan lain lagi untuk memutihkan gigi. Memberus gigi sahaja tidak mencukupi, hal ini kerana memberus gigi hanyalah bertujuan untuk membersihkan gigi. 

 

Pada zaman sekarang, teeth whitening atau pemutihan gigi telah menjadi salah satu rawatan kosmetik gigi yang semakin popular dalam menjaga penampilan gigi yang menawan. Rawatan ini membantu untuk menghilangkan noda pada gigi dan juga mencerahkan gigi supaya kelihatan lebih berkilau berbanding sebelumnya. 

 

Akan tetapi teeth whitening ini tidaklah sesuai untuk semua jenis kes, ia bergantung kepada keadaan gigi masing-masing. Jadinya disini tidak semua orang akan mendapatkan result yang sama. Ada yang sesuai ada juga yang tak nampak apa-apa perubahan. Anda perlu mendapatkan konsultasi daripada doktor gigi untuk mengetahui rawatan apa yang paling sesuai dengan keadaan gigi anda.

 

Terdapat dua cara utama untuk melakukan pemutihan gigi ini iaitu di rumah dan juga dilakukan di klinik gigi. Haa persoalan disini adalah, kenapa perlu melakukan rawatan teeth whitening di klinik jika ada pilihan untuk melakukannya di rumah? Apa perbezaannya?

 

Mari kita bahas perbezaan antara kedua cara ini.

Pemutihan Gigi di Rumah

Pemutihan gigi di rumah dengan home kit teeth whitening secara umumnya lebih mudah dilakukan sendiri. Home kit pemutihan gigi biasanya termasuk gel pemutih yang mengandung bahan kimia seperti hidrogen peroksida dalam konsentrasi yang lebih rendah, seperti 6% hidrogen peroksida. 

 

Pengguna dikehendaki mengikuti cara penggunaan yang terdapat pada produk dan menggunakannya mengikut waktu yang disarankan untuk mendapatkan hasil yang optimal. Proses pemutihan gigi ini memerlukan konsistensi untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Haa buat anda yang kurang berdisiplin tu susah sedikitlah. Namun perlu diingatkan, hasilnya mungkin tidak secepat dan tidak tahan lama jika nak dibandingkan dengan teeth whitening di klinik gigi.  

 

Bagaimanapun, sebelum melakukan pemutihan gigi di rumah, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu supaya anda dapat mengelak daripada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Doktor akan memberikan nasihat yang sesuai keadaan gigi dan mulut anda. 

Pemutihan Gigi di Klinik

Lain pula ceritanya cara rawatan di kilinik gigi, doktor gigi menggunakan bahan pemutih dengan konsentrasi yang lebih tinggi. Teeth whitening di klinik gigi melibatkan perawatan yang dipantau oleh doktor gigi yang berpengalaman. Mereka dapat menjalankan rawatan yang sesuai dengan keperluan customer dan memastikan keselamatan yang terjamin serta hasil yang lebih optimal.

 

Pemutihan gigi di klinik gigi  memberikan hasil yang lebih cepat dan efektif. Bahan yang digunakan lebih berkesan serta dapat pengawasan langsung oleh doktor profesional. Teeth whitening yang dijalankan di klinik tahan lebih lama berbanding dengan home kit teeth whitening. Walaupun rawatan ini memerlukan komitmen yang agak tinggi, tetapi ia akan memberikan kepuasan dan keyakinan untuk anda menyerlahkan senyuman yang memukau. 

 

Di klinik pergigian, anda juga dapat menggunakan teknologi canggih seperti laser atau lampu khusus untuk mempercepat proses pemutihan. Apa pula beza laser dan lampu khusus ni?

Laser Teeth Whitening Treatment

Laser teeth whitening treatment merupakan kaedah pemutihan gigi yang melibatkan penggunaan cahaya atau laser bersama dengan gel pemutihan gigi. Cahaya atau laser dipercayai dapat membantu mempercepat proses pemutihan gigi dengan memecahkan kotoran dan perubahan warna pada gigi. Rawatan ini biasanya memakan masa yang singkat je, 30 minit dah settle. 

Teeth Whitening Chairside

Teeth whitening chairside pula melibatkan cycle penggunaan bahan pemutih yang digunakan untuk perubahan warna gigi. Cycle ini bervariasi, ia bergantung kepada keperluan individu. Lagi banyak cycle yang anda ambil, lagi nampaklah perubahan warna gigi anda. Keadaan gigi kita kan berbeza, jadi penting untuk anda mengikuti saranan daripada doktor untuk mendapatkan hasil terbaik tanpa menyebabkanirritation pada gusi.

Kesimpulan

Apa-apapun pilihan antara teeth whitening treatment di rumah atau di klinik bergantung pada preference masing-masing kerana ia melibatklan disiplin diri dan juga kemampuan individu. Perlu diingatkan lagi, sebelum melakukan keputusan, penting untuk anda untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu ya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Redha Dental

    • customerrelations.kpredha@gmail.com
    • 011 3318 2042
    • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

    Follow Our Socials

    General Inquiry

    © 2024 Redha Dental. All rights reserved.