Memberus Gigi Setiap Hari Tetapi Gigi Rapuh?

Ramai orang mungkin tidak menyadari bahwa gigi mereka rapuh sebelum mereka merasakan sakit yang mengganggu rutin harian mereka. Walaupun hari-hari kita menjaga kebersihan gigi, masalah ini tetap menyerang sesiapa pun. Jadi apa punca sebenarnya? Kenapa perkara ini berlaku?

 

Berikut adalah faktor-faktor yang menyebabkan gigi menjadi rapuh.

Pemakanan

 

 

Makan dan minum merupakan keperluan setiap hari, tanpa kita sedari kebiasaan mengunyah sesuatu yang keras boleh menyebabkan punca dan sebab gigi rapuh. Bukan itu sahaja, makan dan minum benda masam berlebihan juga merupakan salah satu penyebabnya. Bukan tidak boleh makan langsung, boleh je.. Tetapi elak daripada berlebihan.

Mengabaikan gigi berlubang

Buat anda yang sedang mengalami masalah gigi berlubang, bertindak segera dan mendapatkan rawatan di klinik gigi. Lubang pada gigi yang tidak dirawat akan menyebabkan gigi mudah rapuh yang paling umum serta dan kesihatan gigi boleh menjadi semakin teruk kerana berlakunya kerosakan pada enamel gigi. Kebiasaannya, masalah gigi berlubang ini disebabkan oleh makan makanan manis tanpa menjaga kebersihan gigi secara rutin.

Tabiat menggigit

Sudah menjadi kebiasaan untuk sesetengah individu menggunakan gigi untuk membuka bungkusan plastik. Tabiat ini boleh menyebabkan gigi mudah rapuh kerana dari hasil gertakkan gigi dan terdapat tekanan yang kuat semasa menggigit. Selain dari itu, tabiat menggigit kuku. Menggigit kuku merupakan tabiat yang harus kita tinggalkan sejak dari kecil, kalau boleh jangan terjebaklah dari awal. Ini kerana kita tak nampak bakteria yang melekat pada gigi dengan mata kasar. Nampak je bersih tetapi hakikatnya kotor dan bakteria yang lekat pada kuku akan masuk ke mulut selepas menggigit kuku. Haa tanak kan..

Salah cara memberus gigi

Cara memberus gigi yang salah juga boleh menyumbang kepada kerapuhan gigi. Kenapa dan bagaimana ia berlaku? Antara sebab perkara ini boleh berlaku kerana penggunaan berus gigi yang keras. Penggunaan berus gigi yang terlalu keras boleh merosakkan ketebalan enamel gigi. Bila lapisan enamel semakin nipis, mudahlah gigi rapuh. Bukan itu sahaja, efek daripada penggunaan berus gigi keras juga akan menyebabkan luka pada gusi sekaligus meningkatkan risiko untuk terkena infection pada gusi.

Penyakit Dentinogenesis Imperfecta

 

Dentinogenesis Imperfecta merupakan penyakit genetik yang menyebabkan gigi tidak berkembang dengan baik. Hal ini kerana individu yang menghadapi masalah ini mempunyai dentin yang tidak normal. Ia menyebabkan gigi lebih mudah rapuh jika dibanding dengan gigi normal. Penyakit ini disebabkan oleh mutasi pada gen yang mengatur pembentukan protein penting dalam gigi. 

Kesimpulannya, apa jua penyebabnya anda perlu cepat bertindak untuk mendapatkan rawatan. Hari-hari tau kita menggunakan gigi, nak bercakap, makan dan minum. Jadi kena jaga dengan baik supaya tidak susah di kemudian hari. Kalau dibiarkan lebih lama, takut memudaratkan kesihatan pula. Kalau kesihatan sahaja yang terjejas takpe, tapi.. saving pun terjejas tau!

 

Kongsikan info ini kepada keluarga dan rakan anda supaya mereka pun tahu tentang perkara ini. Sharing is caring!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Redha Dental

    • customerrelations.kpredha@gmail.com
    • 011 3318 2042
    • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

    Follow Our Socials

    General Inquiry

    © 2024 Redha Dental. All rights reserved.