Persediaan Untuk Berjumpa Dengan Doktor Gigi

Sebelum menjalani rawatan gigi, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui untuk memastikan proses rawatan berjalan dengan lancar dan memberikan hasil yang terbaik. Info ini dapat membantu anda mempersiapkan diri terlebih dahulu sebelum pergi ke klinik gigi. Pengetahuan ini juga penting untuk memastikan keselesaan anda semasa rawatan dijalankan serta memaksimakan keberkesanan proses yang akan dilakukan oleh dentist anda.

 

Berikut adalah beberapa persediaan untuk memudahkan proses rawatan:

Mematuhi waktu appointment yang telah ditetapkan

Masa itu kan emas, jadi untuk mengelak daripada sebarang masalah, anda dinasihatkan untuk datang lebih awal dari masa yang telah ditetapkan. Hal ini supaya dapat memastikan rawatan berjalan lancar tanpa melibatkan masa orang lain. Yelah, jika kita lewat, orang lain pula perlu menunggu kita selesai dahulu baru giliran dia pula untuk melakukan rawatan. 

 

Ini tidak bermaksud jika anda lewat, better cancel sahaja rawatan. Jangan lah fikir bergitu. Gigi anda perlukan rawatan segera, jika dibiarkan lebih lama kan sakit nanti. Jadi, anda boleh inform kepada pihak klinik terlebih dahulu bahawa anda lewat ke klinik. Nanti pihak klinik aware dan akan susun kembali masa mengikut kesesuaian.

Elak sanggul rambut terlalu tinggi dan besar

 

 

Bukan tak boleh makeup langsung, tapi anda disarankan untuk mengurangkan penggunaannya. Hal ini kerana makeup tebal boleh menyebabkan kesan daripada makeup tu melekat pada peralatan pergigian yang digunakan. Bukan itu sahaja, kemungkinan makeup anda juga akan crack selepas rawatan dijalankan.

Elakkan memakai makeup tebal

 

 

Bukan tak boleh makeup langsung, tapi anda disarankan untuk mengurangkan penggunaannya. Hal ini kerana makeup tebal boleh menyebabkan kesan daripada makeup tu melekat pada peralatan pergigian yang digunakan. Bukan itu sahaja, kemungkinan makeup anda juga akan crack selepas rawatan dijalankan.

Jangan merokok dan vape

 

 

Anda dilarang sama sekali untuk merokok di klinik pergigian. Bukan hanya kerana kesan buruk rokok terhadap kesihatan umum, tetapi juga kerana merokok di klinik gigi boleh mengganggu persekitaran yang bersih. Asap rokok boleh mengganggu customer lain dan pekerja di klinik. Selain itu, ia juga meningkatkan risiko pencemaran bakteria pada peralatan perubatan.

Haa simple je kan point yang Anis share ni. Dengan melaksanakan perkara di atas kita dapat memastikan rawatan berjalan dengan lancar dan selesa. Jadi dapatlah anda melakukan persediaan lebih awal lepas ini.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Redha Dental

    • customerrelations.kpredha@gmail.com
    • 011 3318 2042
    • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

    Follow Our Socials

    General Inquiry

    © 2024 Redha Dental. All rights reserved.