Tips Hygiene Yang Perlu Anda Tahu

Kesihatan gigi merupakan aspek penting dalam menjaga kesihatan secara keseluruhan. Menjaga gigi dengan baik bukan hanya untuk menjaga kebersihan mulut tau, tetapi ia juga bertujuan untuk menghindari perkara yang dapat membahayakan dan menjejaskan kesihatan gigi anda. 

 

Berikut adalah beberapa tips penting yang perlu anda ketahui untuk menjaga kesihatan gigi yang terbaik:

Hindari Berkongsi Berus Gigi

Haa perkara ini penting ya, anda dinasihatkan untuk menghindari daripada berkongsi berus gigi dengan sesiapa sekalipun. Tidak kiralah, dengan ibu ke ayah ke atau dengan pasangan, elakkan berkongsi ya. Haa siapa pernah? Terutama sekali semasa travel, kadang kala lupa bawak kan? Hal ini dapat menyebarkan kuman dan bakteri dari satu orang ke satu orang yang lain. Ia juga dapat meningkatkan risiko terkena infection pada gigi di kemudian hari seperti masalah gigi reput.

Jangan Biarkan Berus Gigi Dalam Keadaan Lembap

Menyimpan berus gigi dalam bekas kecil atau di tempat yang lembap boleh menjadi sarang bagi pertumbuhan bakteri. Haa tak percaya kan? Tapi itulah hakikatnya. Penggunaan bekas kecil itu bukan tak boleh, masih boleh digunakan. Tapi dengan syarat, pastikan berus gigi anda dalam keadaan kering, barulah boleh simpan di dalam bekas. Jadi dalam hal ini, dalam apa-apa situasi sekalipun, anda harus memastikan berus gigi anda kering setelah digunakan dan jangan biarkan dalam keadaan lembap untuk mencegah pertumbuhan bakteri yang tidak diingini.

Jauhkan Berus Gigi dari Area Tandas

 

Tempatkan berus gigi anda jauh dari area tandas. Bakteria dan kuman yang berasal dari jamban boleh tersebar dan menempel pada berus gigi anda. Eee siapa nak kan benda ini berlaku? Dahlah berus gigi itu digunakan untuk mulut. Ish ish ish.. Bila sudah terdedap pada bakteria, ia akan meningkatkan risiko infection dan gangguan kesihatan pada gigi.

Tips ini akan membantu anda menjaga kesihatan gigi secara keseluruhan. Kombinasi antara menjaga kebersihan gigi dan menghindari perkara yang berpotensi membahayakan gigi anda akan memberikan impak yang positif pada kesihatan dan kecantikan gigi anda.

 

Dengan mengikuti tips-tips ini, anda dapat menjaga gigi anda dengan lebih baik. Ingatlah, senyuman yang indah tidak hanya menambah kecantikan, tetapi juga merupakan cermin dari kebersihan dan kesihatan gigi yang baik. Jaga kebersihan gigi anda untuk senyuman yang menawan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Redha Dental

    • customerrelations.kpredha@gmail.com
    • 011 3318 2042
    • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

    Follow Our Socials

    General Inquiry

    © 2024 Redha Dental. All rights reserved.