Apa Itu Gigi Bongsu?

Apabila bercakap tentang isu kesihatan gigi, biasanya kita akan lebih memberi fokus tentang gigi yang terlihat di hadapan. Tetapi sebenarnya setiap satu gigi kita adalah penting kerana ia mempunyai fungsi yang tersendiri. Ada satu set gigi yang sering terlupakan namun sebenarnya ia mempunyai peranan penting dalam keseluruhan rangkaian gigi manusia.

 

Ha tertanya kan? Gigi yang Anis maksudkan itu ialah gigi bongsu, atau lebih dikenali sebagai gigi geraham ketiga.

“Apa Itu Gigi Bongsu?”

Gigi bongsu adalah gigi terakhir dalam barisan gigi manusia yang biasanya muncul dalam usia antara 17 hingga 25 tahun. Waktu tumbuhnya gigi bongsu ini berlainan mengikut individu. 

 

Biasanya, setiap orang memiliki empat gigi bongsu, 2 di rahang atas (kanan dan kiri) dan dua di rahang bawah (kanan dan kiri). Namun, tidak jarang juga ada yang mengalami pertumbuhan gigi bongsu yang tidak sempurna atau bahkan tidak tumbuh sama sekali.

Peranan dan Fungsi Gigi Bongsu

Gigi bongsu memegang peranan penting dalam proses pengunyahan makanan. Gigi ini membantu dalam menghancurkan makanan yang lebih keras, seperti daging atau kacang untuk memudahkan pencernaan. Akan tetapi, dengan perubahan pola makan manusia seiring waktu, seringkali ruang di dalam mulut tidak mencukupi untuk pertumbuhan gigi bongsu secara normal. Hal ini lah menjadi punca penyebab masalah seperti gigi bongsu terimpaksi (tidak boleh tumbuh sepenuhnya), tumbuh miring, ataupun tidak ada ruang untuk pertumbuhan sama sekali.

Masalah Umum Berkaitan dengan Gigi Bongsu

Gigi bongsu boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan jika pertumbuhannya tidak normal atau terhalang. Beberapa masalah umum yang berkaitan dengan gigi bongsu termasuk:

 

Impacted Tooth

Gigi bongsu terperangkap atau terhalang keluar dari gusi disebabkan ruang yang terbatas.

 

Pericoronitis 

Apabila gigi bongsu hanya sebahagian yang tumbuh, ia boleh menyebabkan keradangan atau jangkitan di sekitarnya, yang dikenali sebagai pericoronitis.

 

Kerosakan gigi lain

Jika gigi bongsu tumbuh dalam keadaan miring atau memberikan tekanan berlebihan kepada gigi lain, ia boleh menyebabkan kerosakan atau pergeseran gigi-gigi lain dalam mulut.

Penyelesaian Masalah Gigi Bongsu

Jika gigi bongsu menyebabkan ketidakselesaan atau masalah kesihatan, langkah-langkah penyelesaiannya bergantung kepada situasi gigi setiap individu. Lain situasi, lain cara merawatnya. 

 

Antara penyelesaian yang selalunya doktor mencadangkan ialah, pencabutan gigi bongsu yang terjejas atau tidak tumbuh dengan betul. Proses ini mungkin melibatkan pembedahan ringan untuk mengeluarkan gigi yang terperangkap.

Kesimpulan

Walaupun gigi bongsui ini terletak di bahagian paling belakang rahang, gigi bongsu juga mempunyai peranan yang penting dalam fungsi pengunyahan. Namun, masalah pertumbuhan gigi bongsu yang tidak normal sering memerlukan perhatian khusus dari doktor gigi untuk mencegah komplikasi yang lebih serius. Jadi, penting untuk anda yang mengalaminya untuk menjalani pemeriksaan berkala bersama doktor gigi. Hal ini bagi memantau pertumbuhan gigi bongsu dan menangani masalah dengan segera untuk menjaga kesihatan gigi dan mulut secara menyeluruh.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Redha Dental

    • customerrelations.kpredha@gmail.com
    • 011 3318 2042
    • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

    Follow Our Socials

    General Inquiry

    © 2024 Redha Dental. All rights reserved.