Icon Infiltration merupakan satu pencapaian terkini dalam bidang pergigian yang bertujuan untuk merawat masalah kecil pada gigi, terutamanya bintik-bintik putih awal pada gigi (penyebab tona warna gigi tidak sekata) yang dikenali sebagai karies insipien.
Icon Infiltration merupakan proses tanpa pembedahan yang direka khas untuk mengatasi
masalah kerosakan pada permukaan gigi yang mula terjadi. Teknik ini menggunakan bahan yang dapat meresap ke dalam kawasan gigi yang terjejas dan mengisi rongga pada enamel gigi yang telah terdedah kepada kerosakan awal.
Tujuannya adalah untuk menghentikan pertumbuhan kerosakan pada gigi. Ia juga bertindak untuk memulihkan kekuatan serta kecantikan pada permukaan gigi supaya tona warna kelihatan lebih sekata.
Icon Infiltration sesuai untuk kes awal bintik-bintik putih yang terdapat pada gigi yang belum mencapai tahap kerosakan yang lebih dalam.
Kawasan gigi yang terjejas dibersihkan secara teliti dan dikeringkan sepenuhnya untuk persediaan rawatan.
Gel asid ringan akan disapukan pada kawasan gigi yang terjejas. Ini membuka liang pada enamel gigi dan membolehkan resin infiltran meresap dengan lebih baik.
Resin khusus yang mampu meresap ke dalam struktur gigi akan digunakan pada kawasan yang telah disiapkan. Resin ini akan mengisi rongga pada enamel gigi yang terjejas.
Selepas resin diletakkan, cahaya khusus akan digunakan untuk mengeras dan menguatkan resin tersebut. Doktor gigi akan memeriksa semula dan memastikan memperoleh hasil yang terbaik sebelum menyiapkan rawatan.
Icon Infiltration adalah prosedur tanpa pembedahan yang tidak memerlukan penyingkiran struktur gigi yang sihat.
Dengan menghentikan pertumbuhan awal bintik-bintik putih, Icon Infiltration dapat mengelakkan kerosakan gigi yang lebih serius dan mengurangkan keperluan rawatan yang lebih invasive di masa depan.
Proses ini dapat mengembalikan kecantikan permukaan gigi dengan menghilangkan bintik-bintik putih yang biasanya muncul pada masalah awal kerosakan gigi.
Icon Infiltration adalah satu penyelesaian inovatif dan kurang invasive yang ditawarkan dalam rawatan gigi untuk mengatasi masalah kerosakan pada tona permukaan gigi. Tetapi, seperti semua proses perubatan, consultation bersama doktor gigi adalah penting untuk menentukan sama ada Icon Infiltration sesuai untuk kes gigi anda atau tidak. Dengan teknologi baru yang terus berkembang, penyelesaian seperti Icon Infiltration memberikan alternatif yang menarik untuk menjaga kesihatan dan kecantikan gigi dengan lebih efektif.