3 Cara Sembuhkan Ulser Mulut

Tahukah anda bahawa terdapat sesetengah individu mengalami ulser dalam mulut setiap bulan?

Tak dapat dibayangkan seksanya mereka nak hadapi hari-hari derita bersama ulser setiap bulan. Kita yang jarang-jarang tumbuh ni pun rasa pedih amat.

 

(bersyukur dalam diam hihi)

 

Okay jom kita borak tentang ulser dengan lebih mendalam.

Fenomena ini sering terjadi  terutamanya pada mereka yang kurang dan jarang minum air, mereka yang memakai braces dan juga bagi mereka yang memakai gigi palsu yang tidak betul-betul fit dan sesuai. Hal ini juga boleh berlaku kerana berlakunya insiden seperti tergigit dinding bahagian pipi dan bibir mahupun lidah.

 

Kebiasaannya, ulser akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu. 

 

Satu perkara yang pasti, ulser adalah sangat menyakitkan.

 

Pasti semua setuju dengan statement ini kan.

 

Semasa tempoh kehadirannya, ia boleh mengakibatkan ketidakselesaan yang teruk, mengganggu aktiviti harian dan menyebabkan kurang keyakinan diri dalam berkomunikasi atau senyum.

 

Yelah mana taknya, tiba-tiba pelat pula, sebutan pun tak jelas.. Sabar jelah..

 

Setiap kali makan atau minum, ulser akan memberikan rasa yang pedih, terbakar dan terasa seperti disengat pada mulut.

 

Kesakitan ini seringkali menyebabkan seseorang sukar untuk makan dengan betul, terutamanya apabila makanan menyentuh di bahagian yang terjejas, ia menyebabkan  ketidakselesaan semasa makan.

 

Nak-nak bila makan makanan yang pedas, masam & panas.

 

Fuhhhhh…

 

Selain itu, aktiviti rutin harian seperti menggosok gigi juga menjadi cabaran besar buat individu yang menghadapi masalah tersebut. Ia kerana berus gigi boleh terkena ulser dan menyebabkan kesakitan yang tidak diingini berlaku.

3 Cara Untuk Pulih Dari Ulser Dengan Cepat 

Bagaimanapun, jangan risau! Dr. Natasha, Doktor yang berpengalaman 7 tahun dalam industri pergigian telah menyusun tiga cara efektif untuk membantu anda pulih dari ulser dengan cepat.

 

Jom, kita lihat bersama-sama:

Cara 1: Gel Oral

Antara contoh gel oral yang famous ialah Gengigel & Bonjela. Ia adalah ubat yang sangat berkesan untuk merawat ulser mulut. 

 

Selain dari menyembuh, ia juga berfungsi untuk melegakan ulser yang sakit.

 

Mengandungi bahan aktif yang mempunyai ciri sejuk, sangat membantu mengurangkan rasa sakit pada ulser. 

 

Salah satu bahan aktif yang terkandung dalam gel ini adalah anestetik lidocaine, yang berfungsi untuk mengebas bahagian yang terjejas dan membantu dalam proses penyembuhan ulser dengan lebih cepat. 

 

Apply pada mulut 2 kali sehari. 

Cara 2: Cecair/Spray Oral

Antara contoh cecair oral yang Dr Natasha cadangkan ialah Oral Aid.

 

Produk khas yang direka untuk memberikan kelegaan kepada mereka yang menghadapi masalah ulser mulut. Ia datang dalam bentuk lotion atau cecair yang mudah disapu pada kawasan yang terjejas.

 

Dengan kandungan bahan-bahan yang lembut dan berkesan, Oral Aid membantu meredakan kesakitan dan menggalakkan proses pemulihan ulser.

Cara 3: Garam

Garam atau nama kimianya Sodium Chloride (NaCl) adalah kaedah tradisional yang sering digunakan untuk merawat ulser mulut dengan berkesan.

 

Garam mempunyai sifat anti-radang, antiseptik, dan disinfektan yang membantu mempercepatkan penyembuhan ulser mulut.

 

Cara menggunakan garam adalah dengan meletakkan garam direct pada ulser.

 

Anda juga boleh mencampurkan satu sudu teh garam dalam segelas air suam. Kemudian, berkumur selama 30 saat. Amalkan rutin ini beberapa kali sehari untuk mendapatkan hasil yang lebih efektif.

 

Disclaimer : Penggunaan garam ini akan menimbulkan rasa agak pedih pada ulser. Tapi ia cukup berkesan.

Konklusi

Itulah, 3 cara dari Dr. Natasha untuk membantu anda pulih dari ulser mulut dengan lebih cepat.

 

Anda boleh pilih salah satu cara daripada 3 yang diberikan.

 

Semoga anda dapat mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh ulser, mempercepatkan proses penyembuhan dan memulihkan keyakinan diri dalam berkomunikasi.

 

Jika ulser tidak sembuh selepas 2 minggu, segera ke klinik pergigian terdekat untuk berjumpa Doktor.

    Comments are closed

    Redha Dental

    • customerrelations.kpredha@gmail.com
    • 011 3318 2042
    • No 9, Town Park, 5, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

    Follow Our Socials

    General Inquiry

    © 2024 Redha Dental. All rights reserved.